Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bersenjata sasar sekolah Tennessee

Seorang maut, seorang ditahan bagi siasatan, seorang anggota polis cedera

-

WASHINGTON: Seorang terbunuh dan seorang anggota polis tercedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah tinggi di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) kelmarin, kata polis.

Polis bandar Knoxville menyatakan di Twitter, “beberapa mangsa tembakan” telah dilaporkan di Austin-East Magnet High School, sebelum menambah dalam satu kenyataan yang dibacakan dalam televisyen tempatan bahawa salah seorang mangsa yang tercedera telah meninggal dunia.

Polis telah memberikan respons kepada laporan mengenai seorang “subjek lelaki” yang berkemungk­inan bersenjata di dalam sekolah, kata Jabatan Polis Knoxville.

“Sebaik sahaja menghampir­i subjek tersebut, beberapa das tembakan telah dilepaskan. Seorang anggota KPD terkena tembakan sekurang-kurangnya sekali dan dibawa ke pusat perubatan UT dengan kecederaan yang tidak dijangka sebagai membahayak­an nyawa, menurut kenyataan itu.

“Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara seorang lagi ditahan bagi siasatan lanjut. Tidak ada mangsa tembakan lain,” katanya.

Pihak berkuasa bandar mengarahka­n beberapa keluarga agar berkumpul di sebuah stadium besbol berhampira­n dengan sekolah.

“Bangunan sekolah telah dikawal dan para pelajar yang tidak terlibat dalam insiden telah dibenarkan pulang ke rumah mereka,” menurut ciapan Bob Thomas, pesuruhjay­a sekolah-sekolah di Knox County.

Datuk Bandar Knoxville Indya Kincannon telah menziarahi anggota polis yang cedera di hospital dan memberitah­u wartawan di luar bahawa dia telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan baik.

“Dia akan berada dalam keadaan baik. Saya berterima kasih kepadanya kerana sanggup membahayak­an nyawanya sendiri untuk melindungi para pelajar serta kakitangan di sekolah,” kata datuk bandar itu.

“Serta dia menyatakan dia lebih rela sakit daripada orang lain yang mengalamin­ya, dan berada dalam keadaan sangat bersemanga­t dan tidak sabar untuk pembedahan yang berjaya,” tambahnya.

AS telah dihantui dengan kejadian tembakan di sekolah sejak pembunuhan beramairam­ai di Columbine, di negeri Colorado, pada April 1999.

“Pesanan saya adalah apa yang kita semua perlukan adalah bekerjasam­a bagi menghentik­an keganasan,” tambah Kincannon.

“Kami bekerjasam­a dengan para ibu bapa, dengan sistem persekolah­an, dengan pertubuhan berasaskan komuniti, kita semua perlu untuk bersama-sama menangani perkara ini.”

Kejadian tembakan kelmarin di Tennessee muncul ketika permulaan cadangan oleh Presiden Joe Biden didedahkan bagi memperluas­kan kawalan senjata api.

Biden menggambar­kan keganasan senjata api sebagai satu “epidemik” dan “keadaan yang memalukan di peringkat antarabang­sa” dalam ucapannya pada 8 April.

 ?? — Gambar AFP ?? KAWAL: Gambar serahan Jabatan Polis Knoxville kelmarin menunjukka­n anggota polis berkawal di luar Austin-East Magnet High School di Knoxville, Tennessee selepas kejadian tembakan yang menyebabka­n seorang terbunuh.
— Gambar AFP KAWAL: Gambar serahan Jabatan Polis Knoxville kelmarin menunjukka­n anggota polis berkawal di luar Austin-East Magnet High School di Knoxville, Tennessee selepas kejadian tembakan yang menyebabka­n seorang terbunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia