Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem bekalan oksigen rosak, tiga pesakit COVID-19 di Romania mati

-

BUCHAREST: Tiga pesakit COVID-19 warga emas meninggal dunia kelmarin di sebuah unit rawatan rapi bergerak di Bucharest selepas kerosakan pada sistem bekalan oksigen, menurut jabatan situasi kecemasan (DSU).

“Alat pengalih udara berhenti berfungsi kerana paras oksigen naik melebihi had,” menurut pihak jabatan dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa siasatan telah dibuka mengenai insiden di hospital Victor Babes.

Lima pesakit lagi sudah dipindahka­n ke hospital lain di ibu negara.

“Ia kelihatan seperti satu kemalangan, namun satu siasatan telah bermula. Semua pihak yang bersalah harus bertanggun­gjawab,” kata Perdana Menteri Florin Citu dalam satu kenyataan media.

Pesakit yang meninggal dunia berada dalam keadaan teruk dan mengalami serangan jantung, seorang doktor dari Victor Babes memberitah­u AFP.

Dengan anggaran 4,000 kes baharu COVID-19 setiap hari dan lebih 100 kematian, sistem penjagaan kesihatan Romania telah bergelut untuk menangani gelombang ketiga pandemik itu.

Unit rawatan rapi telah diperluask­an sehingga melebihi had, kata pegawai kesihatan, sementara kerajaan telah berjanji akan membekalka­n beberapa katil baharu di ICU.

“Kita berperang dengan pandemik ini sudah lebih setahun sekarang dan tekanan terhadap ICU amat besar,” kata Citu.

Tragedi di Bucharest muncul kurang dari tiga bulan selepas satu kebakaran di dalam sebuah unit rawatan rapi di klinik lain di bandar utama Romania, membunuh lima pesakit COVID-19.

Pada November lepas, kebakaran di unit rawatan rapi di sebuah hospital di pekan timur laut Piatra Neamt menyebabka­n 15 pesakit COVID-19 maut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia