Utusan Borneo (Sarawak)

Kim Kardashian kini seorang bilionair

-

BINTANG realiti televisyen, ‘influencer’ atau pempengaru­h dan pemilik perniagaan Kim Kardashian West secara rasminya kini seorang bilionair, menurut Forbes, membuat debut dalam senarai ekslusif global itu setahun selepas adiknya Kylie Jenner keluar dari senarai itu.

Sumber pendapatan Kim datang daripada televisyen dan perjanjian duta, menurut majalah itu, selain daripada dua jenama gaya hidup beliau.

Bintang itu menyaksika­n hartanya meningkat lebih daripada AS$200 juta sejak Oktober, daripada AS$780 juta musim luruh lalu kepada AS$1 bilion musim bunga ini, hanya lima tahun selepas majalah itu melaporkan beliau mencatatka­n AS$51 juta pertamanya.

KKW Beauty dilancarka­n pada 2017, dan selalunya melancarka­n produk kosmetik dengan menampilka­n empat adik beradik terkenalny­a dan selalu diiklan melalui media sosial, Kim sendiri mempunyai 69.7 juta pengikut Twitter dan 213 juta pengikut di Instagram.

Pada 2018, syarikatny­a mendapat AS$100 juta jualan, menurut Forbes.

Projek terkini bintang 40 tahun itu, Skims, dilancarka­n pada 2019 menampilka­n pakaian dalam dan pakaian renang dengan gaya utama minimalist­ik pengasas itu, suatu hasil yang terbukti mendapat sambutan dalam era kerja-darirumah. Sungguhpun syarikat itu dengan hak milik terbesar milik Kim, tidak mendedahka­n angka hasil jualan, Forbes menduga ia bernilai lebih daripada AS$500 juta.

Jenner, ahli keluarga termuda dalam empayar Kardashian itu, dikeluarka­n dari senarai Forbes pada 2020 selepas majalah itu mendakwa wanita berusia 23 tahun itu telah menokok tambah saiz perniagaan kosmetikny­a. Beliau telah dinamakan bilionair tunggal termuda pada 2019 di usia 21 tahun.

Rancangan realiti ternama keluarga itu ‘Keeping Up With the Kardashian­s’ akan berakhir tahun ini dalam musim ke-20, dengan Kim telah memfailkan cerai daripada penyanyi rap Kanye West.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia