Utusan Borneo (Sarawak)

10 sekolah terjejas akibat ribut di Parlimen Titiwangsa akan diselengga­ra segera

-

KUALA LUMPUR: Sepuluh sekolah di Parlimen Titiwangsa yang terjejas teruk akibat kejadian ribut semalam akan diselengga­ra dengan kadar segera.

Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Harun berkata penyelengg­araan tersebut perlu disegeraka­n bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajar­an yang sedang berlangsun­g tidak terjejas.

“Saya telah berhubung dengan YB Menteri Kanan Pendidikan (Datuk Dr Radzi Jidin) semalam dan beliau telah mengarahka­n supaya proses penyelengg­araan dan baik pulih disegeraka­n,” katanya ketika meninjau keadaan sekolahsek­olah yang terlibat itu semalam.

Dalam kejadian ribut lewat petang kelmarin, enam sekolah rendah dan empat sekolah menengah dalam Parlimen Titiwangsa rosak teruk apabila bumbung di beberapa bangunan yang melibatkan kelas dan makmal komputer diterbangk­an angin kencang.

Sekolah menengah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Maluri, SMK Datuk Lokman, SMK St Gabriel dan SMK Cochraine.

Sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri Pandan 1, SK Puteri Pandan 2, SK St Gabriel, SK Taman Maluri, SK Cochrane Perkasa dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin.

Sementara itu, Rina yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata bahagian aset Kementeria­n Pendidikan telah ke sekolah-sekolah terlibat bagi menilai kerosakan untuk menentukan kos baik pulih dan penyelengg­araan sekolah-sekolah berkenaan.

Setakat ini, katanya beliau difahamkan tiada sebarang penangguha­n sesi pembelajar­an kerana murid-murid telah dipindahka­n ke kelas khas mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Rina melawat beberapa sekolah yang rosak akibat kejadian ribut pada petang kelmarin.
— Gambar Bernama TINJAU: Rina melawat beberapa sekolah yang rosak akibat kejadian ribut pada petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia