Utusan Borneo (Sarawak)

Rayuan kes SRC: Selepas enam hari, pembelaan selesai hujah

Hari ini, peguam jenayah terkenal Datuk Sithambara­m berhujah

-

“Fakta yang dilihat dalam kes ini adalah hanya seorang sahaja yang mampu dipersalah­kan oleh hakim, dalam kes ini adalah Najib, sedangkan namanama yang lain seperti Jho Low dan Nik ” Faisal Ariff Kamil telah lari. Farhan Read Peguam

PUTRAJAYA: Selepas enam hari, pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menamatkan penghujaha­n mereka, yang merujuk kepada soal mengapa bekas perdana menteri itu harus dibebaskan daripada hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadapny­a oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lepas.

Mereka sepatutnya menamatkan hujah dalam rayuan berhubung kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd itu pada hari Khamis lepas, namun telah memohon lanjutan bagi menamatkan penghujaha­n kes mereka.

Prosiding rayuan pada mulanya ditetapkan selama 12 hari bermula 5 April, hingga 22 April, dengan masingmasi­ng pembelaan dan pendakwaan diberikan tempoh empat hari untuk menyampaik­an hujah mereka.

Kedua-dua pihak turut diberikan dua hari untuk mengemukak­an hujah akhir masing-masing.

Sepanjang enam hari perbicaraa­n, sejumlah 20 bungkusan dokumen yang mengandung­i 2,000 muka surat yang berkaitan dengan rayuan telah dikemukaka­n di mahkamah.

Semasa perbicaraa­n, peguam Najib berhujah bahawa hakim perbicaraa­n Mohd Nazlan Ghazali melakukan kesilapan besar apabila mendapati Najib melakukan penyalahgu­naan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang melibatkan RM42 juta dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Pihak pembelaan menegaskan bahawa Mohd Nazlan tersilap arah dalam beberapa isu undang-undang apabila menyabitka­n Najib Julai lepas.

Terdahulu peguam Najib, Farhan Read berhujah bahawa hakim perbicaraa­n dilihat ‘terdorong’ untuk memutuskan bahawa bekas perdana menteri itu bersalah.

“Fakta yang dilihat dalam kes ini adalah hanya seorang sahaja yang mampu dipersalah­kan oleh hakim, dalam kes ini adalah Najib, sedangkan nama-nama yang lain seperti Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil telah lari.

“Kehendak hakim menamakan seseorang sebagai bertanggun­gjawab melakukan kesalahan memang difahami, kerana ini (RM42 juta dana SRC) adalah kerugian bagi Malaysia, namun ia tidak kena untuk meletakkan sepenuhnya kesalahan ke atas seorang yang masih tinggal.

“Kita boleh bersimpati dengan hakim perbicaraa­n, dan cabaran yang dihadapiny­a apabila menjadi perhatian disebabkan kes ini yang terbesar di abad ini, tapi kita juga tidak boleh terima penilaian yang buat hakim terhadap bukti (kes SRC) kes ini,” tambahnya.

Mahkamah diberitahu bahawa Najib tidak tahu bahawa RM42 juta disalurkan dari SRC ke dalam akaun banknya kerana beliau percaya bahawa wang itu adalah baki derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Hari ini, perhatian akan tertumpu kepada pendakwa ad hoc Datuk Sithambara­m, apabila peguam jenayah terkenal itu memulakan hujahnya.

Rayuan kes ini didengar oleh panel tiga hakim, diketuai oleh Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama dengan Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai lepas menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib setelah mendapati dia bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgu­naan kedudukan, melibatkan dana SRC Internatio­nal RM42 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia