Utusan Borneo (Sarawak)

MEDAC dan KPWKM bekerjasam­a bantu usahawan wanita, OKU

Membantu golongan sasar mendepani tempoh selepas COVID-19

-

Peruntukan akan digunakan untuk pelbagai program termasuk latihan, bantuan kewangan, program bimbingan dan pinjaman mudah yang bertujuan mengeluark­an lebih ramai usahawan berdaya saing, dinamik dan berdaya

” tahan.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

PUTRAJAYA: Sejumlah RM18.2 juta diperuntuk­kan untuk program dan bantuan membabitka­n usahawan wanita dan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi kerjasama di antara Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) serta Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata MEDAC menerusi agensinya bersetuju bekerjasam­a dengan KPWKM bagi membantu kumpulan sasaran, khususnya untuk mendepani tempoh pemulihan selepas COVID-19 serta membantu mereka mengembang­kan operasi.

“Peruntukan akan digunakan untuk pelbagai program termasuk latihan, bantuan kewangan, program bimbingan dan pinjaman mudah yang bertujuan mengeluark­an lebih ramai usahawan berdaya saing, dinamik dan berdaya tahan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Antara agensi di bawah

MEDAC yang terlibat dalam inisiatif itu ialah Institut Keusahawan­an Negara, TEKUN Nasional dan SME Corp serta Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang akan bekerjasam­a dengan Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah KPWKM.

Wan Junaidi berkata usahawan wanita adalah antara yang paling teruk terjejas oleh pandemik itu memandangk­an sebahagian besar mereka di bawah kategori mikro dan tidak formal (tidak berdaftar)

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi

selain berniaga dalam sektor tidak penting seperti estetika, fesyen, spa, salun kecantikan dan pengurusan acara.

Wan Junaidi berkata MEDAC turut menumpukan usaha membantu perniagaan terbabit beralih kepada digital.

MEDAC juga menerusi PNS berhasrat bekerjasam­a dengan KPWKM untuk mengenal pasti perniagaan yang dimiliki wanita yang berpotensi dikembangk­an sebagai jenama francais tempatan, katanya.

Beliau berkata francais merupakan platform yang dapat mempercepa­t pertumbuha­n sektor perusahaan kecil dan sederhana, dan PNS boleh menyediaka­n bimbingan yang dapat memastikan kejayaan kepada mereka yang berminat untuk meneroka perniagaan berkenaan.

Katanya menerusi strategi pelan lima tahunnya, PNS menyasarka­n 5,000 kelulusan kewangan kepada usahawan, yang diunjur dapat mengembang­kan portfolio francais sebanyak 400 peratus daripada RM178 juta kepada RM700 juta.

Ini dijangka dapat mewujudkan 18,000 pekerjaan dan menyumbang RM4.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, katanya. — Bernama

 ??  ?? WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia