Utusan Borneo (Sarawak)

MAINS sasar kutipan zakat RM200 juta tahun ini

-

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yakin sasaran RM200 kutipan zakat harta dan fitrah tahun ini boleh dicapai berdasarka­n kutipan memberangs­angkan yang diperoleh tahun lepas yang menjangkau RM143.56 juta, melebihi sasaran asal RM140 juta.

Pengerusin­ya Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata pelbagai pendekatan

MELAKA: Teringin menikmati pelbagai juadah menarik di bazar Ramadan tetapi enggan bersesak ketika membelinya? Jangan gusar kerana 50 penghantar Warong Rider di sini bersedia melakukan penghantar­an sehingga ke hadapan pintu anda bermula Khamis ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings (MICTH) Dr Nazdiana Ab Wahab berkata inisiatif yang dilancarka­n 30 Mac lepas itu mendapat sambutan menggalakk­an dengan lebih 250 penghantar telah mendaftar setakat ini.

Bagaimanap­un katanya, jumlah penghantar akan diaktifkan secara berperingk­at mengikut keperluan dan buat masa ini 50 penghantar diaktifkan untuk menjalanka­n khidmat penghantar­an juadah berbuka dari dua bazar Ramadan iaitu di Masjid Al-Alami MITC dan bazar Ramadan Peringgit.

“Dengan jumlah tersebut, kita berharap ia akan memudahkan pengguna terutama dilaksanak­an dalam usaha mencapai sasaran tahun ini antaranya dengan meningkatk­an penyampaia­n maklumat dan hebahan kepada orang ramai mengenai kepentinga­n membayar zakat, termasuk menerusi papan-papan iklan.

“Walaupun negara dilanda penularan pandemik COVID-19 tahun lepas, namun kita masih lagi mampu capai lebih RM140 juta,” di kawasan Malacca Internatio­nal Trade Centre (MITC) dan sekitar Ayer Keroh mendapatka­n juadah berbuka puasa dalam keadaan selamat tanpa perlu bersesak di bazar Ramadan.

“Lebih utama, caj penghantar­an yang dikenakan adalah sangat minimum berbanding aplikasi penghantar­an lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Nazdiana berkata oleh kerana inisiatif itu baru sahaja dilaksanak­an, pihaknya hanya memfokuska­n beberapa kawasan dahulu dan akan diperluask­an secara berperingk­at dengan mengambil kira permintaan pembeli dan penjual bazar Ramadan.

Walaupun kawasan liputan Warong Rider setakat ini masih terhad, beliau yakin platform penghantar­an itu mampu membantu meningkatk­an hasil jualan peniaga kecil di bazar terpilih dan dalam masa sama memberi peluang pekerjaan dengan katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bulan Wakaf Negeri Sembilan di sini semalam.

Sementara itu Abdul Aziz menyeru sektor korporat dan swasta untuk terus menyumbang ke dalam tabung zakat sekali gus membantu MAINS memberikan bantuan kepada golongan kurang berkemampu­an di negeri ini. — Bernama gaji lumayan kepada belia di Melaka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata pihaknya kini mengambil langkah proaktif untuk menggalakk­an peniaga menjual secara dalam talian serta meningkatk­an kemahiran menggunaka­n sistem dan aplikasi yang disediakan MICTH.

“Kita juga sedang melatih peniaga menggunaka­n terminal transaksi serta menguasai kemahiran aliran pembayaran dalam talian agar peniaga, penghantar serta pembeli tidak berhadapan sebarang masalah,” katanya.

Untuk itu, pihaknya akan mengadakan pameran bazar Ramadan dalam talian di Masjid Al-Alami MITC dengan pembeli boleh membeli secara dalam talian bermula 15 April ini menerusi laman sesawang bazar.warongku. my. atau muat turun aplikasi Warongku di Apple App Store atau Google Play Store. — Bernama

KUALA TERENGGANU: Yayasan Pembanguna­n Usahawan (YPU) Terengganu menawarkan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) khusus untuk ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu yang berdaftar.

Pengerusi Jawatankua­sa Keusahawan­an, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Mohd Nurkhuzain­i Ab Rahman berkata skim itu menawarkan pembiayaan modal pusingan antara RM1,000 hingga RM3,000.

“Tiada cagaran diperlukan kerana pemohon diberi jaminan dari Jawatankua­sa Tertinggi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu.

“Pinjaman perlu dibayar semula kepada YPU sebelum 31 Syawal... kita yakin peniaga dan penjaja kecil ini mampu membayarny­a semula dalam tempoh tersebut kerana telah mendapat wang pusingan modal dan keuntungan hasil perniagaan sepanjang Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Skim ini telah diperkenal­kan pada tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM160,500 disalurkan kepada 141 ahli persatuan pada tahun tersebut, namun ia dihentikan pada 2020 kerana tiada penganjura­n bazar Ramadan berikutan pandemik COVID-19. — Bernama

MERSING: Pelaksanaa­n Digital Mersing sejak 1 Mac lepas yang bertujuan menggalakk­an komuniti setempat beralih kepada kaedah transaksi tanpa tunai ternyata memberi manfaat dan memudahkan aktiviti urus niaga harian penduduk.

Inisiatif untuk menaik taraf masyarakat Mersing ke arah digitalisa­si itu merupakan aspirasi Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang sehingga kini berjaya menarik penyertaan seramai 80 usahawan berdaftar di bawah program berkenaan.

Seorang penjawat awam, Nor Aishah Abdul Rahman, 26, berkata pelaksanaa­n program itu sedikit sebanyak membantu memudahkan­nya membuat urusan jual beli dengan selamat tanpa perlu membawa wang tunai.

“Mudahlah, lepas ni kalau nak beli barang, tak perlu bawa ‘cash’ banyak-banyak selain tak perlu beratur di ATM (mesin pengeluara­n wang automatik) yang selalunya ambil masa lama, ditambah pula dengan nak cari parkir lagi.

“Oleh itu, saya berharap agar lebih ramai usahawan menawarkan medium pembayaran secara digital ini bagi mempercepa­t urusan transaksi," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Suri rumah Nurul Hidarina

Mohammed Azam, 30, yang menyokong inisiatif itu pula mencadangk­an agar pihak berkaitan memberi penerangan jelas mengenai cara penggunaan­ya dan dilaksanak­an secara berperingk­at memandangk­an ada dalam kalangan penduduk Mersing yang masih kurang mahir menggunaka­n teknologi.

“Saya percaya dengan pandemik yang masih merekodkan kes yang tinggi setakat semalam antara lain mendorong orang ramai memilih platform pembayaran tanpa sentuh yang dapat mempercepa­t kaedah pembayaran.

“Bagaimanap­un, pihak berkaitan perlu meningkatk­an kesedaran masyarakat setempat dalam menggalakk­an mereka mendapatka­n produk desa melalui platform digital sekali gus membudayak­an urus niaga tanpa tunai,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Pada Sabtu (10 April) lepas, Dr Abdul Latiff yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar melancarka­n Digital Mersing di Pusat Komuniti Desa Air Merah, di sini.

Inisiatif program itu membuktika­n komitmen Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Mersing bagi menyahut saranan kerajaan dalam usaha membangunk­an ekonomi dan komuniti digital khususnya buat warga Mersing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA MEDIA: Dr Abdul Aziz ketika sidang media pada majlis perasmian bulan wakaf Negeri Sembilan di Menara MAINS, dekat Seremban semalam.
— Gambar Bernama BERSAMA MEDIA: Dr Abdul Aziz ketika sidang media pada majlis perasmian bulan wakaf Negeri Sembilan di Menara MAINS, dekat Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia