Utusan Borneo (Sarawak)

Kelantan peruntuk RM1.5 juta bantu peniaga terkesan pembatalan bazar Ramadan

-

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntu­kkan RM1.5 juta sebagai sumbangan kepada peniaga yang terkesan berikutan pembatalan pengoperas­ian bazar Ramadan di seluruh negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata peruntukan itu melibatkan 2,500 peniaga yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan akan diagihkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata perkara itu dipersetuj­ui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik

Abdullah dalam satu perbincang­an pagi semalam.

“Kita berharap sagu hati ini dapat meringanka­n bebanan sesetengah peniaga yang terjejas oleh keputusan itu, bagi peniaga yang sudah membeli bahan mentah mahupun kering boleh berniaga di tempat-tempat lain,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Dr Izani berkata bayaran sewaan tapak bazar Ramadan juga akan dikembalik­an kepada para peniaga yang sudah membuat bayaran.

Ditanya sama ada bazar akan dibuka semula sekiranya keadaan kembali terkawal, beliau berkata bazar tidak akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

“Walaupun kita gembira semalam berlaku penurunan kes COVID-19 di Kelantan, disebabkan COVID-19 ini berada dalam komuniti maka kita menjangkak­an wabak itu akan terus meningkat.

“Apa yang membimbang­kan saya ialah (jika) PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) bertukar kepada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di Kelantan,” tambahnya sambil menggesa seluruh penduduk mematuhi prosedur operasi standard bagi membendung penularan COVID-19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia