Utusan Borneo (Sarawak)

West Brom tewaskan Southampto­n, elak penyingkir­an

Albion terselamat selepas penyelesai­an kontrovers­i video VAR, sementara Everton seri 0-0 menentang Brighton

-

“Kami mendapat dua kemenangan penting yang membingitk­an telinga pasukan lain tetapi malangnya kami perlu bergantung kepada kekalahan ” orang lain. Sam Allardyce Ketua jurulatih West Bromwich Albion

LONDON: West Bromwich Albion membangkit­kan harapan untuk mengelak penyingkir­an daripada Liga Perdana selepas menyelesai­kan kontrovers­i video bantuan pengadil (VAR) untuk mengatasi Southampto­n 3-0, sementara harapan Everton lenyap untuk meraih slot empat teratas selepas seri 0-0 kepada Brighton pada Isnin.

Albion menyaksika­n gol Mbaye Diagne dibatalkan dengan rujukan VAR pada awal separuh masa pertama di Hawthorns.

Namun pasukan Sam Allardyce bangkit daripada kekecewaan itu dengan merembat masuk dua gol pendahulu dalam separuh masa pertama hasil daripada gol penalti Matheus Pereira dan rembatan Matt Phillips.

Callum Robinson memberi kemenangan kedua berturuttu­rut West Brom selepas masa rehat menyaksika­n pasukan Baggies itu menambah kejayaan selepas perlawanan 5-2 ke atas Chelsea.

Pasukan kedua tercorot Albion telah melangkah dengan lapan mata daripada pasukan empat terbawah Newcastle berbaki tujuh perlawanan lagi.

Kumpulan Baggies itu mencatat lapan skor dalam dua perlawanan terbaru mereka, lebih dua daripada yang telah dijaringka­n mereka dalam 11 perlawanan sebelumnya secara keseluruha­n, namun kebangkita­n mereka agak terlambat untuk menyelamat­kan mereka daripada terlepas ke Kejohanan.

“Kami mendapat dua kemenangan penting yang membingitk­an telinga pasukan lain tetapi malangnya kami perlu bergantung kepada kekalahan orang lain,” kata Allardyce.

Peraturan VAR baharu musim ini mendatangk­an masalah dengan teknologi itu dan menimbulka­n persoalan daripada Allardyce.

“Saya rasa begitulah,” katanya apabila ditanya jika VAR itu menjadi bahan lawak. “Ramai antara kami tidak diberi peluang untuk menampilka­n pendapat untuk menambah baiknya.”

Persembaha­n hambar Southampto­n merupakan persediaan paling teruk buat permainan minggu hadapan dalam separa akhir Piala FA menentang Leicester.

Selepas hanya empat minit perlawanan sudah menampakka­n petang yang mengecewak­an buat Albion.

Diagne menanduk masuk dari jarak dekat namun dibatalkan kerana ofsaid, dengan bantuan VAR turut mengesahka­n bukti yang sama setelah kamera televisyen tidak dapat merakam sudut tepat untuk memberi bukti sah bahawa penyerang itu on atau ofsaid . Pereira dikecewaka­n oleh penjaga gol Saints

Fraser Forster pada minit ke-32 namun pemain Brazil itu memberi tentangan dan menyempurn­akan sepakan penalti.

Phillips menjaringk­an skor kedua tiga minit kemudian, selepas menyambut lorongan Diagne daripada tiang gol.

Robinson mengukuhka­n keputusan pada minit ke69 selepas beliau merembat masuk bola yang diumpan Okay Yokuslu.

Menambah kegirangan Southampto­n, Johnstone menyelamat­kan sepakan penalti masa kecederaan James Ward-Prowse setelah Conor Townsend mengasari Moussa Djenepo.

Di Amex Stadium pula, Everton berharap untuk merapatkan jurang dengan pasukan tempat keempat West Ham dalam perlumbaan untuk merebut slot kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Brighton mendominas­i dalam tempoh yang panjang menyaksika­n Neal Maupay dan Yves Bissouma dengan sepakan tinggi, kedua-duanya hampir mendapat gol dalam separuh masa pertama.

Hantaran tangkas Lewis Dunk dinafikan dengan kemas oleh penjaga gol Everton Robin Olsen selepas masa rehat.

Alex Iwobi juga hampir mencatatka­n mata buat Everton apabila cubaan beliau tersasar pada minit terakhir.

Everton, di tangga kelapan, kini tujuh mata di belakang West Ham dengan berbaki satu perlawanan, manakala Brighton melangkah tujuh mata daripada zon penyingkir­an.

“Sikap pasukan kami bagus, kualiti permainan tidak berapa bagus,” kata Ancelotti, yang turun padang tanpa pemain penyerang England Dominic Calvert-Lewin yang tercedera.

“Kami masih bersaing. Ia semakin sukar namun kami tidak akan mengalah. Ini merupakan musim yang aneh dengan keputusan tidak dapat dijangka.”

 ??  ?? PHILLIPS
BERTENAGA: Maupay merembat bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brighton and Hove Albion dan Everton di American Express Community di Brighton, kelmarin.
PHILLIPS BERTENAGA: Maupay merembat bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brighton and Hove Albion dan Everton di American Express Community di Brighton, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? PEMBUKA TIRAI: Pereira (kiri) meraikan gol kemenangan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Bromwich Albion dan Southampto­n di stadium Hawthorns di West Bromwich, kelmarin.
— Gambar AFP PEMBUKA TIRAI: Pereira (kiri) meraikan gol kemenangan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Bromwich Albion dan Southampto­n di stadium Hawthorns di West Bromwich, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia