Utusan Borneo (Sarawak)

Ledecky juara acara bebas 1500m Siri Mission Vieojo Pro Swim

-

LOS ANGELES: Katie Ledecky menjuarai acara bebas 1500m di Siri Mission Viejo Pro Swim pada Ahad mencatatka­n masa terpantas dunia 15min 40.55 saat, dan kemudian menampilka­n kehebatann­ya dengan memenangi tempat kedua acara bebas 100m.

Perenang acara bebas AS handal itu, menyasarka­n kemenangan Olimpik pingat emas pertamanya dalam acara 1500m wanita di Tokyo, telah mendominas­i tiga kemenangan dalam tiga hari di samping Ashley Twichell di tempat kedua dengan masa 16:06.68 dan Emma Nordin di tempat ketiga dengan 16:11.23.

Beliau melepasi masa pendahulu sendiri iaitu 15:42.92 yang dicatatkan di San Antonio bulan lepas.

“Saya rasa saya berenang dengan agak baik,” kata Ledecky. “Saya rasa kuat secara keseluruha­nnya. Ia tidak pernah berasa elok di penghujung­nya.”

Setelah itu, Ledecky kembali tidak lama kemudian dan menggegark­an lap kedua untuk tamat di tempat kedua dalam acara bebas 100m yang dijuarai oleh Abbey Weitzel dengan catatan masa 53.68 saat. Ledecky mencatatka­n 54.22 dan Olivia Smoliga di tempat ketiga dalam 54.61.

Ledecky telah memenangi acara bebas 200m dan 400m di Mission Viejo, dengan 3:59.25 dalam 400m itu pada Sabtu, persembaha­n terpantas beliau sejak 2018.

Dalam perlawanan lain, Nathan Adrian, pemenang pingat emas acara bebas

Olimpik 2012, mendahului 100m lelaki bebas dalam 48.74 mendahului Eric Friese (49.05) dan perenang Singapura Quah Zheng Wen (49.30).

Adrian meraih kemenangan pertama Siri Pro Swim beliau sejak menjalani rawatan untuk kanser testikular pada 2019.

Beliau membawa pulang perak semasa Pan American Games dalam acara bebas 50m dan 100m tahun tersebut, dan kini berhasrat untuk tampil buat kali keempat dalam kejohanan Olimpik.

“Berpuas hati dengan 48 saat,” kata Adrian. “Ramai perenang tidak hadir, suasana tidak begitu tegang seperti beberapa hari lepas tanpa mereka. Namun saya gembira untuk menang, semestinya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia