Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Aguilas beraksi dengan tujuh pemain sahaja

-

BOGOTA: Pemilik kelab bola sepak Colombia terpaksa turun padang dalam perlawanan divisyen pertama dengan tujuh pemain sahaja selepas jangkitan koronaviru­s di kem mereka, merebak kepada kumpulan mereka pada Isnin.

Aguilas menyaksika­n 16 pemain tidak dapat bermain selepas menghidapi COVID19 manakala tujuh lagi tercedera, bermakna mereka hanya boleh menampilka­n pasukan dengan tujuh pemain untuk perlawanan pada Ahad yang ditundukka­n 0-3 oleh Boyaca Chico.

“Mereka sepatutnya menerima permintaan kami” untuk menundakan perlawanan, kata pemilik Aguilas Fernando Salazar dalam sebuah wawancara.

“Ia menyakiti saya setelah kami dijadikan bahan ketawa dan tersekat dalam situasi ini, yang boleh dielakkan.”

Beliau menyatakan kelab itu, telah mengemukak­an beberapa permohonan kepada Dimayor, liga bola sepak Colombia itu, untuk menangguhk­an permainan namun mereka enggan.

Presiden Dimayor Fernando Jaramillo mempertaha­nkan keputusan mereka.

“Peraturan ini ditetapkan oleh Badan Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (IFAB) ... sebuah pasukan harus menampilka­n sekurangku­rangnya tujuh pemain,” kata Jaramillo.

IFAB ialah badan yang menentukan peraturan dalam persatuan bola sepak. Mereka menyatakan bahawa sesebuah pasukan tidak boleh bertanding dengan kurang daripada tujuh orang pemain namun tidak menegah sebarang pasukan untuk menangguhk­an permainan jika mereka mempunyai sebab yang munasabah untuk berbuat demikian.

Aguilas menampilka­n barisan dengan penjaga gol simpanan sebagai pertahanan namun perlawanan itu hanya berlangsun­g selama 80 minit sebelum satu lagi kecederaan meninggalk­an pasukan mereka dengan enam pemain sahaja dalam padang, sekaligus menamatkan permainan.

Kekalahan itu meletakkan Aguilas di tangga ke-17 daripada 19 pasukan teratas dengan berbaki satu perlawanan.

Jaramillo mengatakan pusingan terakhir juga tidak akan dipinda bermakna Aguilas mungkin akan sekali lagi bersaing tanpa kuota pemain penuh.

 ?? — Gambar AFP ?? KEKAL BERSEMANGA­T: Pemain Aguilas bergambar sebelum perlawanan menentang Bocaya Chico bermula di Rionegro baru-baru ini.
— Gambar AFP KEKAL BERSEMANGA­T: Pemain Aguilas bergambar sebelum perlawanan menentang Bocaya Chico bermula di Rionegro baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia