Utusan Borneo (Sarawak)

TMS 7 juara Petanque Beregu Terbuka Sabah 2021

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Pasangan TMS 7, Mohd Fadzrul Ismansyah Mohd Faizal dan Mohammad Aznil Azlan muncul juara Kejohanan Petanque Beregu Terbuka Sabah 2021 yang berlangsun­g di Arena Petanque Politeknik Kota Kinabalu (PKK) penghujung minggu lalu.

Fadzrul yang juga pelajar Diploma Pemasaran PKK dan pasanganny­a menumpaska­n gandingan Dragon Ball A, Mohammad Qayyim Irfan Mazlan dan Mohd Hafizzuddi­n Edmund Abdullah 13-4 pada penentuan juara.

Gelaran juara menyaksika­n

TMS 7 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 manakala Dragon Ball A meraih RM700 selaku naib juara.

Tempat ketiga yang menawarkan hadiah RM400 dimenangi gandingan Nur Karim Amram dan Mohd Amirol Nur Afiq Abdul Razak dari Putatan A.

Kejohanan selama dua hari pada 10-11 April itu disertai 64 pasukan dari sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Papar dan Sandakan.

Kejohanan anjuran PKK dengan kerjasama Persatuan Petanque Negeri Sabah (PPNS) itu juga bersempena dengan sambutan Jubli Perak PKK tahun ini.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKK Kapten Teknologis Md Syadiqin Awang Adi @ Jumaat.

Syadiqin berterima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan jawatankua­sa penganjur atas komitmen dan kerjasama yang membolehka­n kejohanan itu berlangsun­g dengan sukses.

“Walaupun dilangsung­kan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa, kejohanan ini bukan sahaja mendapat sambutan yang sangat menggalakk­an tetapi juga berlangsun­g dengan sukses,” katanya.

Sebagi rekod, PKK juga merupakan Pusat Kecemerlan­gan

Atlet (PKAT) Politeknik Malaysia bagi sukan petanque.

Arena petanque di PKK itu juga merupakan pusat latihan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah dan MAKSAK Sabah.

 ??  ?? TAHNIAH: Syadiqin (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada gandingan Fadzrul dan Aznil selaku juara Kejohanan Petanque Beregu Terbuka Sabah 2021 di PKK, Ahad lalu.
TAHNIAH: Syadiqin (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada gandingan Fadzrul dan Aznil selaku juara Kejohanan Petanque Beregu Terbuka Sabah 2021 di PKK, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia