Utusan Borneo (Sarawak)

KIAN RAMAI PENIAGA MANFAATKAN BAHAGIAN RUNCIT DI GALERI STATOS

Peluang bagi peniaga Sarawak cari eksport baharu di Singapura

-

KUCHING: Semakin ramai peniaga dari Sarawak memanfaatk­an peluang runcit baharu di Galeri Pejabat Perdaganga­n dan Pelanconga­n Sarawak-Singapura (STATOS) di Singapura.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Putrie Rozana Soraya berkata, langkah strategik itu telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah STATOS pada tahun lepas.

“Antara lain, ia bertujuan untuk memberikan pulangan langsung kepada pembekal di Sarawak, selain menguji pasaran Singapura dalam mencari peluang eksport baharu.

“Kami menyedari bahawa dengan pandemik ini, rakyat Singapura dan penduduk di sini tidak dapat melakukan perjalanan ke Sarawak dan kami ingin memanfaatk­an sebaik mungkin lokasi pejabat strategik kami di Singapura.

“Ini adalah cara untuk penduduk tempatan membeli produk dari Sarawak dan menjana pendapatan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Setakat ini, sebanyak 11 syarikat telah memeterai perjanjian runcit melibatkan pelbagai produk makanan dan kraf tangan.

STATOS berkata, pembukaan Retail@gallery pada Disember 2020 mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung dengan mencapai jualan bernilai lebih RM3,000 dalam tempoh empat minggu pertama perdaganga­n.

Ini adalah cara untuk penduduk tempatan membeli produk dari Sarawak dan menjana pendapatan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di

Sarawak.

Putrie Rozana Soraya

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif STATOS

Produk kraf tangan dan barang perhiasan Sarawak yang unik menjadi pilihan paling popular terutamany­a sebagai hadiah untuk acara tertentu.

Sebahagian hasil daripada setiap jualan dikembalik­an secara langsung kepada komuniti di Sarawak untuk membantu mengurangk­an kehilangan pendapatan daripada kekurangan pelancong antarabang­sa.

Mereka pertama mendaftar ialah pengasas beg ‘tote’ dan ‘clutch’, Bong Chiew Khiun dan pereka barang perhiasan Bidayuh Winnie Copper.

Produk makanan tempatan juga menjadi pilihan ramai dengan pes laksa Sarawak MUSC Food Industries laris dibeli oleh penduduk tempatan yang terkandas di Singapura.

Pembeli juga boleh membeli madu Acacia Raja Borneo serta Kopi O Kosong dan Coffee Mix 3-in-1 daripada Kopimas, manakala Kokokam Botanical Tea dan Gula Apong Nectar akan boleh didapati di galeri tersebut tidak lama lagi.

 ??  ??
 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Bahagian runcit di Galeri STATOS, Singapura.
DAPAT SAMBUTAN: Bahagian runcit di Galeri STATOS, Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia