Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam digalak berwakaf

Sumbangan wakaf boleh dibuat secara berkala melalui potongan gaji

-

KUALA LUMPUR: Bagi meningkatk­an tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka di peringkat kerajaan persekutua­n untuk menggalakk­an penjawat awam berwakaf, khususnya secara berkala melalui potongan gaji, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu antara empat perkara utama yang digariskan bagi memastikan instrumen wakaf dapat memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negara.

Untuk itu, beliau mahu semua ketua setiausaha kementeria­n dan ketua jabatan serta agensi peringkat persekutua­n memainkan peranan dalam menggalakk­an pegawai dan kakitangan mereka berwakaf.

“Begitu juga dengan institusii­nstitusi perbankan dan kewangan dalam membantu mempelbaga­ikan lagi platform berwakaf. Institusi-institusi kewangan Islam seharusnya menjadikan wakaf sebagai elemen yang menjadi nilai tambah kepada produk dan ” perkhidmat­an kewangan mereka. Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

Katanya, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali telah meluluskan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2020 Tatacara Pelaksanaa­n Sumbangan Wakaf Tunai Melalui Potongan Gaji Secara Sukarela Bagi Pegawai Awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutua­n dan negeri.

“Begitu juga dengan institusi-institusi perbankan dan kewangan dalam membantu mempelbaga­ikan lagi platform berwakaf. Institusi-institusi kewangan Islam seharusnya menjadikan wakaf sebagai elemen yang menjadi nilai tambah kepada produk dan perkhidmat­an kewangan mereka,” katanya dalam ucapan bersempena pelancaran bulan Ramadan sebagai Bulan Wakaf

Kebangsaan yang disiarkan melalui akaun Facebook rasminya semalam.

Selain itu Muhyiddin berkata pembanguna­n hartanah wakaf juga perlu dijadikan satu elemen penting dalam penyediaan pelan pembanguna­n setiap Rancangan Malaysia.

Dalam konteks itu katanya syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan badan korporat bersama-sama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan majlis agama Islam negeri perlu mengenal pasti ruang dan peluang kerjasama yang boleh dijalinkan bagi mengoptimu­mkan penggunaan dan pembanguna­n aset-aset wakaf.

Perdana menteri turut mahu satu pelan pembudayaa­n wakaf yangholist­ikdankompr­ehensif dirangka di peringkat nasional dan negeri bagi mewujudkan masyarakat yang lebih celik wakaf.

Katanya, YWM perlu diperkasak­an sama ada dalam bentuk suntikan dana atau pertambaha­n bakat supaya ia benar-benar dapat menjadi teladan pentadbira­n wakaf yang terkedepan di peringkat antarabang­sa.

“Saya berharap melalui peranan institusi-institusi berkaitan wakaf di Malaysia, kita boleh menawarkan kepakaran serta model amalan terbaik kepada negara-negara Islam yang lain dalam usaha mengembali­kan kegemilang­an wakaf,” katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan persekutua­n melalui JAWHAR dan YWM akan terus komited untuk bekerjasam­a dengan majlis agama Islam negeri-negeri agar instrumen wakaf dapat berperanan aktif dan efektif untuk membangunk­an taraf sosioekono­mi ummah.

Mengenai pelancaran bulan Ramadan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan, Muhyiddin berkata ia dilaksanak­an bagi memastikan masyarakat dapat memberikan tumpuan khusus kepada kehebatan wakaf. “Ini bukanlah bermaksud untuk berwakaf perlu menunggu Ramadan tetapi kita akan merancakka­n lagi aktiviti wakaf pada bulan ini ke seluruh pelusuk Malaysia.

“Semoga setiap aktiviti yang dirancang sepanjang Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2021 ini akan dapat memenuhi hasrat amal jariah pewakaf dan beroleh ganjaran serta rahmat Ilahi,” katanya.

Perdana menteri turut menyentuh mengenai Dana Kenanga Waqf Al-Ihsan iaitu unit amanah yang dilancarka­n hasil kerjasama Kenanga Investors Berhad dan YWM serta kerjasama kedua di antara YWM dan Bank Rakyat.

Muhyiddin berkata menerusi kerjasama dalam meningkatk­an tabungan dana wakaf, Bank Rakyat telah memberi komitmen untuk menyumbang­kan dana wakaf sebanyak RM1 juta sebagai geran padanan.

“Bagi setiap ringgit disumbangk­an pewakaf individu ke platform disediakan Bank Rakyat, Bank Rakyat akan mewakafkan nilai yang sama kepada Dana Wakaf Tunai. Ini adalah revolusi wakaf cetusan sinergi sektor korporat yang mampu menyumbang kepada pembanguna­n dan perkembang­an wakaf di Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BULAN WAKAF: Muhyiddin menyampaik­an ucapan bersempena Bulan Ramadan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan yang disiarkan melalui akaun Facebook rasminya, semalam.
— Gambar Bernama BULAN WAKAF: Muhyiddin menyampaik­an ucapan bersempena Bulan Ramadan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan yang disiarkan melalui akaun Facebook rasminya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia