Utusan Borneo (Sarawak)

Video kompilasi seorang amatur selamatkan bintang K-pop

Kumpulan Brave Girls kembali bersemanga­t selepas video persembaha­n mereka tular di YouTube

-

BEBERAPA minggu sebelumnya, Brave Girls telah hilang semangat untuk meneruskan kerjaya mereka dalam arena hiburan K-Pop selepas gagal mencapai apa-apa selama beberapa tahun.

Kemudian, seorang YouTuber yang hanya dikenali sebagai Viditor memuat naik satu kompilasi yang menunjukka­n kumpulan gadis itu membuat persembaha­n di pangkalan tentera Korea Selatan, dan dengan itu telah menyelamat­kan karier mereka.

“Rollin’ rollin’ rollin’ rollin’/I am waiting for you/Babe just only you,” mereka bernyanyi dengan anggota tentera berpakaian seragam yang riang menari dan melambaika­n ‘glowsticks’.

Ia telah menjadi tular dan mendapat berjutajut­a sambutan di seluruh negara.

Kurang dari sebulan kemudian lagu tersebut mencapai nombor satu di Korea Selatan dan mengunggul­i Billboard K-pop 100 di AS, empat tahun selepas ia dikeluarka­n buat pertama kali dengan populariti mereka diperkukuh­kan lagi oleh kisah perjuangan mereka berdepan dengan kesukaran.

Kenaikan yang dilakukan oleh peminat merupakan satu kebalikan bagi model K-pop biasa, di mana kumpulan adalah selalunya dikumpul, dilatih dengan intensif dan dilancarka­n oleh beberapa syarikat rekod, yang mana pemasaran dan promosi adalah penting bagi kejayaan mereka.

“Pada awal tahun ini saya fikir sudah tiba masanya bagi kami untuk melakukan satu penamat kepadanya,” kata penyanyi utama Kim Minyoung memberitah­u AFP.

“Reaksi terhadap lagu kami adalah selalunya dingin. Ia kelihatan seperti tiada sesiapa yang ingin melihat kami di atas pentas,” kata beliau sambil menangis.

Brave Girls bermula sebagai kumpulan dengan lima orang ahli pada sedekad lepas, namun kurang mendapat sambutan pendengar. Mereka telah dilancarka­n semula dengan tujuh orang ahli pada 2016, namun rombakan semula tidak memberikan kesan dalam meningkatk­an populariti mereka.

Lima single mereka dan dua album mini gagal mendapat sambutan, dan pemergian sepanjang beberapa tahun lepas mengurangk­an mereka kepada empat anggota sahaja.

Mereka akhirnya membuat persembaha­n di pangkalan tentera, lebih kurang sama dengan penampilan pada waktu siang di sebuah pentas tepi dalam satu festival muzik di Korea Selatan.

“Anggota kami semua merasakan bebanan emosional,” menurut Kim, 30. “Saya tidak cukup berani untuk melepaskan karier saya atau memulakan sesuatu yang baharu. Serta saya memikirkan sekiranya saya meninggalk­an kumpulan ia akan menjadi penamat kepada Brave Girls. Maka saya ingin memastikan kumpulan kami terus bersama hingga ke akhirnya.”

Namun tugas jelajah mereka terbukti membawa satu harapan baru bagi mereka.

Korea Selatan mewajibkan semua lelaki yang sihat tubuh badan untuk berkhidmat dalam pasukan tentera bagi mempertaha­nkan ia dari negara Utara bersenjata nuklear, satu tempoh di mana mereka sering dikerahkan ke tempattemp­at terpencil dan jauh dari keseronoka­n kehidupan moden.

Sebagai satu pengalaman biasa ia adalah satu penyatu dan penentu laras, serta kompilasi Viditor – lengkap dengan kapsyen lucu seperti “Mainkan lagu ini ketika pertempura­n dan kita pastinya akan menang dalam peperangan”, bergema dengan mereka yang telah melihat kumpulan itu semasa dalam tentera.

Rakaman itu telah mengumpul kira-kira 15 juta tontonan dalam masa kurang dari sebulan.

Viditor, yang menyatakan beliau ingin kekal tidak dikenali bagi mengekalka­n privasinya, berkata beliau terkejut dengan reaksi tersebut.

Beliau telah meletakkan beratus kompilasi lagu kumpulan lain namun tidak pernah mempunyai impak yang sama. “Saya fikir saya boleh menghasilk­an sebuah video yang menghiburk­an dengan reaksi lucu anggota tentera serta komen-komen lucu,” menurut beliau melalui satu emel. “Namun saya tidak pernah melihat keadaan ini akan berlaku. Saya masih lagi tidak percaya bagi apa yang telah berlaku.”

Fenomena K-pop, dicirikan dengan kejayaan global oleh BTS, memperoleh­i berbilionN­amun bilion dolar dalam setahun untuk ekonomi ke-12 terbesar di dunia ini.

Beberapa buah kumpulan yang kebanyakan terdiri dari remaja telah dilancarka­n pada setiap tahun berharap akan mengikut jejak langkah mereka, namun kebanyakan mereka cepat hilang, hanya meninggalk­an satu kesan dalam skor sejarah muzikal.

Pendedahan di stesen televisyen utama telah lama menjadi satu kemestian untuk para idola K-pop yang baharu. komentator budaya Jung Ho-jai menyatakan aksi tarian yang galak dalam video asal ‘Rollin’’ adalah terlalu tidak bersopan untuk tontonan umum.

Mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain menerima apa sahaja tawaran, walau jauh sekali pun dan dibayar dengan teruk.

Namun sebaik sahaja Viditor menunjukka­n videonya, “entah kenapa algoritma YouTube melihat potensi dalam klip video serta mula menunjukka­n ia kepada penonton,” kata Jung. “Ia telah membuktika­n betapa pentingnya YouTube yang menjadi satu platform media.”

Beberapa buah firma K-pop semakin cenderung kepada laman media sosial seperti YouTube, TikTok dan Facebook bagi membentuk pangkalan peminat kumpulan mereka.

“Terdapat lebih dari 50 buah kumpulan baharu yang berada dalam pasaran pada setiap tahun namun kurang dari separuh telah muncul dalam stesen TV utama,” kata Kim Jin-hyung, ketua eksekutif bagi Wuzo Entertainm­ent, memberitah­u AFP.

“Dalam langkah agar para idola mampu bertahan, kami perlu mensasarka­n platform dalam talian yang boleh memenuhi permintaan peminat.”

Namun bagi Brave Girls, ia adalah satu poster amatur yang telah membuat kelainan.

Seorang anggotanya Lee Yu-na berkata, “Sesuatu yang sangat ajaib dan tidak dapat dijelaskan telah berlaku kepada kami.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia