Utusan Borneo (Sarawak)

500 PETUGAS KESIHATAN DIGERAK KE SARAWAK

Mobilisasi kakitangan KKM bantu kekang peningkata­n kes COVID-19: Dr Adham.

- — Gambar Bernama

“Apabila kita melakukan pengesanan kontak di kawasan pedalaman tempat wabak itu tercetus, kita memerlukan ramai kakitangan untuk membuat aktiviti ” saringan. Datuk Seri Dr Adham Baba

KUCHING: Kira-kira 500 kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akandimobi­lisasikeSa­rawak dalam masa terdekat ini bagi membantu negeri itu mengekang peningkata­n kes COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba semalam.

Beliau berkata, mobilisasi itu melibatkan kakitangan KKM dari negeri dan bahagian lain di Sarawak yang berada dalam Zon Hijau merangkumi doktor, jururawat, pembantu perubatan, pegawai makmal, radiologi dan mereka yang melakukan ujian pantas di lapangan.

“Apabila kita melakukan pengesanan kontak di kawasan pedalaman tempat wabak itu tercetus, kita memerlukan ramai kakitangan untuk membuat aktiviti saringan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Perpaduan di sini, semalam.

Sementara itu, mengenai kadar kebolehjan­gkitan (Rt) di Sarawak, Dr Adham berkata semalam ia telah meningkat kepada 1.1 berbanding 1.08 pada hari sebelumnya.

“Untuk Sarawak, kita telah beri jaminan memandangk­an Rt 1.1, bermakna untuk Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini, ia (pengagihan vaksin) perlu diberi pertimbang­an yang lebih serius bagi melindungi semua rakyat,” katanya.

Dr Adham berkata, berdasarka­n pemantauan dan analisis dijalankan setakat ini, terdapat trend peningkata­n kes harian COVID-19 di Sarawak, bermula pada 9 Januari lepas.

Berhubung lawatan di stadium berkenaan, Dr Adham berkata Sarawak sudah mara

Menteri Kesihatan setapak lagi apabila sudahpun melaksanak­an ‘Mass Vaccinatio­n Centre’, walaupun dalam fasa pertama, pihaknya hanya menggunaka­n pusat pemberian vaksin.

“Ini perkembang­an yang sihat dan menunjukka­n persedian Sarawak lengkap dan mampu memberi vaksinasi sehingga 40,000 orang sehari dalam negeri ini,” katanya.

Mengenai pemberian vaksin kepada media, Dr Adham menegaskan Jawatakuas­a Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin telah memutuskan untuk memberikan vaksinasi kepada petugas media yang dikategori­kan sebagai barisan hadapan dalam Fasa Kedua.

“Kita memberi vaksinasi kepada mereka (media) yang betul-betul berada di barisan hadapan... yang selalu berhadapan dengan keadaan (berisiko) di mana berlakunya penularan wabak COVID-19,” katanya.

Terdahulu Dr Adham bersama-sama rombongan KKM membuat kunjungan hor- mat ke atas Ketua Menteri

Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Dr Adham menyantuni orang ramai yang hadir bagi mendapatka­n vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin, Stadium Perpaduan, Kuching semalam. Turut sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.
— Gambar Bernama MESRA: Dr Adham menyantuni orang ramai yang hadir bagi mendapatka­n vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin, Stadium Perpaduan, Kuching semalam. Turut sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia