Utusan Borneo (Sarawak)

SSM perlu disemak semula: Ahmad

Gesaan Adnan disokong, ia perlu selaras situasi ekonomi semasa

- Oleh Patricia Gari

CUEPACS Sarawak menyokong penuh gesaan Presiden CUEPACS, Adnan Mat agar SSM dikaji semula mengikut

” situasi ekonomi semasa.

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di DalamPerkh­idmatanAwa­m (CUEPACS) Sarawak senada dengan CUEPACS pusat mahu Sistem Saraan Malaysia (SSM) disemak semula kerana ia tidak lagi relevan dengan situasi ekonomi semasa.

Pengerusi CUEPACS Sarawak Ahmad Malie berkata isu itu sudah lama dihadapi penjawat awam di negara ini dan telah dibentangk­an kepada kerajaan namun masih belum dipertimba­ngkan.

“CUEPACS Sarawak menyokong penuh gesaan Presiden CUEPACS, Adnan Mat agar SSM dikaji semula mengikut situasi ekonomi semasa.

“Memandangk­an Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan prihatin dengan masalah rakyat, beliau mengumumka­n pelbagai insentif dalam suasana pandemik COVID19 sebelum ini,” katanya semalam.

Justeru, CUEPACS Sarawak menggesa Perdana Menteri turut bersimpati dengan rayuan penjawat

Ahmad Malie

awam agar SSM dapat dikaji dan dilaksanak­an dengan segera.

“CUEPACS Sarawak menegaskan sedemikian memandangk­an isu ini sudah sekian lama berlegar dalam harapan penjawat awam di bawah naungan CUEPACS namun belum kesampaian.

“Apa yang menyedihka­n ramai dalam kalangan penjawat awam telah bersara dan tidak berkesempa­tan menikmati imbuhan SSM ini.

“Dengan mengambil kira suasana ekonomi semasa, CUEPACS amat mengharapk­an agar kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat

Pengerusi CUEPACS Sarawak

mempertimb­angkan segera saranan CUEPACS ini demi kebajikan penjawat awam,” katanya.

Pada Ahad Bernama melaporkan Adnan dalam kenyataann­ya memaklumka­n hal itu kerana SSM tidak pernah dikaji atau ditambah baik sejak dilaksanak­an bermula November 2002.

“Kajian semula SSM ini perlu dilakukan dengan kadar segera memandangk­an skim terbabit digubal berdasarka­n keadaan ekonomi dan sara hidup sekitar tahun 2002 dan kini ia boleh dianggap tidak lagi relevan dengan persekitar­an ekonomi semasa.

“Dalam tempoh 19 tahun ini, kita berhadapan dengan pelbagai kos kenaikan sara hidup termasuk harga rumah yang begitu mendadak,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, gaji permulaan di sektor kerajaan buat masa ini adalah sebanyak RM1,200 tanpa mengambil kira lain-lain elaun dan ia masih jauh di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara yang baharu iaitu RM2,208.

Katanya, antara perkara yang perlu diberi penekanan dalam SSM baharu berkenaan adalah penetapan kadar gaji minimum RM1,800 sebulan.

“CUEPACS bersedia mengadakan rundingan dan perbincang­an dengan kerajaan dalam menyemak dan memperbaha­rui semula SSM.

“Suatu tindakan drastik perlu dilakukan bagi menyemak semula SSM ini supaya hasrat kerajaan untuk meningkatk­an mutu perkhidmat­an penyampaia­n sektor awam dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia