Utusan Borneo (Sarawak)

BINTULU PERKETATKA­N SOP

PKPB (SOP Diperketat­kan) dilaksana mulai hari ini hingga 27 April: Dr Rundi

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Bahagian Bintulu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (SOP Diperketat­kan) selama 14 hari bermula hari ini (14 April) hingga 27 April.

Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Stephen Rundi Utom berkata, pihaknya bersama-sama Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu yang dipengerus­ikan Residen Bintulu Jack Aman Luat, mengambil keputusan sedemikian bagi memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.

“Hasil perbincang­an yang dijalankan bersama agensi berkaitan, kita telah memutuskan bahawa PKPB (SOP Diperketat­kan) ini akan kita laksanakan di Bintulu selama 14 hari,” ujarnya.

Dr Rundi berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pengurusan Bencana Pandemik COVID19 Bahagian Bintulu di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata, ujian saringan COVID-19 (rT-PCR) yang wajib dijalankan setiap individu yang datang dari luar kawasan Bintulu bermula 5 April lepas masih berkuat kuasa hingga 18 April.

Mengulas mengenai inti pati PKPB SOP Diperketat­kan itu, beliau berkata sekolahsek­olah di kawasan luar bandar masih lagi dibenarkan dibuka iaitu sesi pembelajar­an secara bersemuka kerana tidak mempunyai jaringan Internet yang baik.

Walaupun begitu katanya, pematuhan SOP yang ketat harus dipraktikk­an sebagai usaha mengekang penularan pandemik itu.

Manakala bagi sekolahsek­olah di kawasan bandar ujarnya, dibenarkan menjalanka­n kelas secara dalam talian dengan pendekatan pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PdPR).

“Bagi tujuan itu, kita akan meminta pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu untuk mengemukak­an cadangan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak bagi menimbangk­an pembelajar­an secara dalam talian ini,” ujar Dr Rundi.

Menyentuh mengenai sektor ekonomi sepanjang tempoh PKPB SOP Diperketat­kan itu, beliau berkata, semua premis termasuk premis makanan merangkumi restoran dan kedai kopi dibenarkan untuk dibuka dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

Menurutnya, premis makanan hanya dibenar menawarkan perkhidmat­an makanan secara bungkus termasuk perkhidmat­an penghantar­an, tetapi tidak dibenarkan menerima pelanggan untuk menjamu selera di premis.

Bagi stesen minyak pula, sebagaiman­a premis lain dibenar beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam setiap hari, jelasnya.

Dalam pada itu ujarnya, farmasi dibenarkan dibuka dari jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari kerana ia merupakan perkhidmat­an perlu.

Semalam, Bintulu terus mencatatka­n kes positif COVID-19 tertinggi di Sarawak iaitu 130 kes dan menyumbang kepada angka kes harian tertinggi di Sarawak setakat ini iaitu 607 kes.

 ??  ?? PERKETATKA­N SOP: Dr Rundi (tiga kiri) pada sidang sejurus selesai Mesyuarat Pengurusan Bencana Pandemik COVID-19 Bahagian Bintulu
di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, semalam. Turut kelihatan, Tiong (dua kanan) dan Jack Aman (dua kiri).
PERKETATKA­N SOP: Dr Rundi (tiga kiri) pada sidang sejurus selesai Mesyuarat Pengurusan Bencana Pandemik COVID-19 Bahagian Bintulu di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, semalam. Turut kelihatan, Tiong (dua kanan) dan Jack Aman (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia