Utusan Borneo (Sarawak)

JAWI pantau individu Islam tidak hormati bulan Ramadan

-

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) akan tetap menjalanka­n pemantauan dan penguatkua­saan terhadap umat Islam yang tidak menghormat­i bulan Ramadan termasuk makan di tempat awam, sekalipun tiga Willayah Persekutua­n kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata penguatkua­saan, pemantauan dan operasi akan dibuat pada bila-bila masa.

“Kerja-kerja penguatkua­saan berjalan seperti biasa dan kita juga akan buat operasi berdasarka­n aduan yang diterima,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Kembara Al-Amin di sini semalam.

Ahmad Marzuk berkata tindakan turut diambil terhadap premis perniagaan atau restoran yang menjual makanan kepada golongan itu.

Mereka akan diambil tindakan menurut Seksyen 15, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutua­n) 1997 yang memperuntu­kkan hukuman denda hingga RM1,000 atau dipenjarak­an maksimum enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mengenai Program Kembara Al-Amin itu, Ahmad Marzuk berkata program digital yang bermula semalam hingga 12 Mei depan menampilka­n 13 segmen berkonsepk­an bual bicara, videografi, peraduan, doa dan zikir, disiarkan melalui media sosial Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (PPZ-MAIWP).

Di bawah program itu juga, JAKIM melancarka­n Skuad Kembara Al-Amin yang akan turun padang menyantuni kumpulan asnaf, B40 dan barisan hadapan sepanjang bulan Ramadan ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? IKHLAS: Ahmad melihat barang yang disumbangk­an oleh Raffiq (kanan) pada Majlis Pelancaran Kembara Al-Amin Ramadhan 1442H/2021M ‘Gerbang Ramadhan Anda’ di Kompleks Islam Putrajaya, dekat Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama IKHLAS: Ahmad melihat barang yang disumbangk­an oleh Raffiq (kanan) pada Majlis Pelancaran Kembara Al-Amin Ramadhan 1442H/2021M ‘Gerbang Ramadhan Anda’ di Kompleks Islam Putrajaya, dekat Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia