Utusan Borneo (Sarawak)

TOH PUAH NORKIAH MENINGGAL DUNIA

-

KUCHING: Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin meninggal dunia semalam pada usia 72 tahun akibat komplikasi kesihatan.

Menurut pembantu rapat kepada Tun Salahuddin, Allahyarha­mah Toh Puan Norkiah menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar jam 12 tengah hari dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini jam 5 petang semalam.

Allahyarha­mah mendirikan rumah tangga dengan Tun Salahuddin pada 1996 dan mempunyai lima anak serta seorang cucu.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pemergian Toh Puan Norkiah pastinya dirindui terutama oleh anak-anak di semua institusi kebajikan seperti Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Norkiah, Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Taman Sri Puteri dan yang lain.

“Kasih sayang dan keprihatin­an beliau terhadap kesejahter­aan anak-anak di semua institusi kebajikan pasti dirindui.

“Semasa bulan Ramadan, sebelum Hari Raya beliau akan membawa mereka keluar untuk membeli baju dan kasut baharu untuk Hari raya.

“Sama juga dengan yang miskin dan memerlukan dalam masyarakat pasti akan merindui beliau,” kata Fatimah yang bersedih dengan pemergian Toh Puan Norkiah.

Ujar Fatimah lagi, sebelum sakit Allahyarha­mah ada menghubung­inya dan meminta Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) membantu mencari tempat untuk menempatka­n warga emas yang tiada keluarga.

“Saya akan merindui perbualan kami mengenai institusi kebajikan yang sangat dekat di hati beliau. Kami akan rindukan beliau,” kata Fatimah.

Sementara itu, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol berkata, beliau sempat menziarahi Allahyarha­mah Toh Puan dan Tun pada 26 Mac iaitu 19 hari lepas.

“Saya sempat menyampaik­an hajat beliau masakan asam ikan pedas yang disediakan oleh isteri saya.

“Dan atas permintaan Allahyarha­mah juga, saya menyerah tiga helai bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Tambah Abdullah, Allahyarha­mah juga sering menghubung­inya bertanya secara am tentang keadaan masyarakat yang berdepan pandemik COVID-19 serta bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan akan berkongsi maklumat itu dengan Tun.

Dilahirkan di Kuching pada 19 September 1949, Allahyarha­mah Ton Puan Norkiah ketika hayatnya sangat terkenal dengan sifat ramah dan rendah diri.

Sebagai pengiktira­fan kepada sumbangann­ya ke arah pendidikan anak-anak luar bandar, kerja amal dan kebajikan terutama melibatkan anak-anak yatim, sebuah kolej di Sibu dan sebuah rumah anak yatim di sini masingmasi­ng dinamakan sempena nama beliau pada 2016.

 ?? — Gambar Penerangan ?? Allahyarha­mah Toh Puan Norkiah.
— Gambar Penerangan Allahyarha­mah Toh Puan Norkiah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia