Utusan Borneo (Sarawak)

CARUMAN BUKAN BEBAN

Individu bekerja sendiri digesa mohon Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri untuk lindungi diri, keluarga.

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Individu yang bekerja sendiri digesa tampil memohon Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sebagai perlindung­an keselamata­n sosial mereka dan keluarga.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, dengan skim berkenaan, pencarum dan keluarga akan menerima banyak manfaat sekiranya berlaku apaapa kemalangan atau hilang upaya semasa bekerja.

“Ramai antara kita menganggap ia (caruman) satu beban, tetapi kita melihat bahawa ia perlindung­an sosial kepada pencarum dan keluarga mereka, jika berlaku sebarang kemalangan atau hilang upaya.

“Jangan anggap ia sebagai satu beban tetapi ini merupakan perlindung­an keselamata­n sosial untuk memastikan kesinambun­gan, gantian pendapatan dan memastikan keluarga mereka terjamin, jika berlaku kemalangan dan kecederaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Penghargaa­n PERKESO kepada pencarum terawal mencarum SKSPS di Sarawak sempena Jubli Emas PERKESO di Wisma PERKESO di sini, semalam.

Menurut beliau, antara manfaat di bawah skim tersebut ialah jika pekerja tidak dapat bekerja akibat kemalangan, mereka akan dibayar sama ada faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara (jika sakit) dan faedah hilang upaya kekal.

Pada majlis sama, Azman turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pencarum pertama di bawah SPS Prihatin Wanita di negeri ini, iaitu dana padanan kerajaan sebagai insentif perlindung­an keselamata­n sosial khusus bagi wanita bekerja sendiri dan usahawan wanita.

“Bagi SPS Prihatin Wanita, daripada 148 wanita yang berdaftar di seluruh negara hanya sembilan wanita dari Sarawak yang mendaftar SPS Prihatin Wanita di bawah pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

“Di bawah SPS ini, kerajaan telah mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10 juta dan program ini telah bermula 1 April tahun ini.

“Saya memohon kepada wanita khasnya di Sarawak yang bekerja sendiri agar mengambil peluang untuk mendaftar SPS Prihatin Wanita,” katanya.

Menurut beliau lagi, pencarum hanya perlu mencarum 30 peratus sementara 70 peratus adalah caruman daripada kerajaan.

Sehubungan itu katanya, wanita yang bekerja sendiri dan berminat dengan SPS Prihatin Wanita boleh tampil mendaftar serta mencarum di mana-mana pejabat cawangan PERKESO terdekat.

Azman pada majlis berkenaan turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Lee Khoi Jun (pemandu teksi), Kiu Siap Yew (pemandu teksi) dan Yeo Yian See (sektor pertanian).

Hadir sama Timbalan Ketua Ekesekutif (Operasi) PERKESO John Riba Marin dan Pengarah PERKESO Sarawak Phillip Sangkan.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? BERTINDAK: Azman (depan, tengah) serta John (dua kiri), Phillip (kanan) serta yang lain merakam kenangan bersama penerima sambil menunjukka­n poster sempena sambutan 50 tahun PERKESO.
— Gambar Roystein Emmor BERTINDAK: Azman (depan, tengah) serta John (dua kiri), Phillip (kanan) serta yang lain merakam kenangan bersama penerima sambil menunjukka­n poster sempena sambutan 50 tahun PERKESO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia