Utusan Borneo (Sarawak)

Kluster Jepak diisytihar­kan di Bintulu

Ia dikesan daripada penduduk hadiri majlis doa selamat perkahwina­n pada 3 April

- Oleh Agnes Tugong

Hasil siasatan mendapati anggaran seramai 70 orang telah menghadiri majlis tersebut dan siasatan lanjut serta saringan ke atas ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual kepada kes indeks, tambahan seramai 41 kes telah dikesan positif COVID-19.

Kenyataan JPBNS

KUCHING: Satu kluster baharu COVID-19 diisytihar­kan semalam iaitu Kluster Jepak di Daerah Bintulu melibatkan jangkitan komuniti.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata kluster ini dikesan dalam kalangan penduduk dari sekitar Kampung Jepak di daerah tersebut yang telah menghadiri satu majlis doa selamat perkahwina­n yang telah dianjurkan di kampung tersebut pada 3 April lalu.

“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-18,498 yang merupakan seorang perempuan tempatan dari kampung tersebut yang telah disaring melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Bintulu dan disahkan positif COVID-19 melalui ujian rT-PCR pada 7 April.

“Indeks kes ini juga adalah penganjur kepada majlis doa selamat tersebut dan berkemungk­inan telah mendapat jangkitan dari komuniti.

“Hasil siasatan mendapati anggaran seramai 70 orang telah menghadiri majlis tersebut dan siasatan lanjut serta saringan ke atas ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual kepada kes indeks, tambahan seramai 41 kes telah dikesan positif COVID-19,” katanya.

Tambah JPBNS sejumlah 102 individu telah disaring melibatkan kluster ini, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 36 negatif saringan pertama dan 24 individu yang menunggu keputusan ujian.

Kesemua kes positif melibatkan kluster ini telah dirujuk ke Hospital Bintulu dan telah dimasukkan ke PKRC di Bintulu bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut.

Dengan penambahan satu kluster baharu ini terdapat 49 kluster masih aktif di mana sebanyak 16 kluster telah merekodkan 182 penambahan kes baharu manakala 33 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

JPBNS turut memaklumka­n Daerah Kabong telah bertukar status daripada status Hijau kepada status Kuning setelah merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu semalam.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning telah meningkat kepada 17 daerah dan daerah berstatus Hijau telah menurun kepada empat daerah.

Empat daerah kekal berstatus Hijau ialah Telang Usan, Lundu, Pusa dan Simunjan manakala daerah berstatus Kuning ialah Kabong, Dalat, Daro, Asajaya, Lawas, Bukit Mabong, Belaga, Betong, Lubok Antu, Tatau, Tanjung Manis, Song, Pakan, Tebedu, Bau, Selangau dan Limbang.

Manakala 15 daerah kekal berstatus Merah iaitu Saratok, Subis, Matu, Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu dengan empat daerah iaitu Sebauh, Kanowit, Sri Aman dan Marudi kekal berstatus Jingga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia