Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga PKPD baharu, tiga yang lain dilanjutka­n

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kerajaan memutuskan untuk melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di tiga kawasan selepas berlaku peningkata­n kes di lokaliti direkodkan dengan kadar kebolehjan­gkitan yang tinggi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, pelaksanaa­n PKPD ini juga adalah bagi memudahkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kontak rapat serta mengelak berlaku penularan COVID-19 dalam komuniti.

“Selepas merekodkan 27 kes positif kerajaan bersetuju melaksanak­an PKPD di Pasar dan perumahan Sim-Sim, Mukin Berhala serta Kampung Sungai Obar, Batu 7, Mukim Sentosa di Sandakan.

“Sebanyak 17 kes positif hasil saringan di kawasan perumahan Sim- Sim manakala 10 kes positif daripada 46 ujian saringan yang dilakukan di Kampung Sungai Obar, Batu 7 serta Mukim Sentosa,” katanya.

Beliau berkata, tujuh kes positif turut dikesan di Taman Villa Mas Tawau dan berlaku peningkata­n kes secara mendadak dalam tempoh seminggu serta masih terdapat 35 ujian saringan masih menunggu keputusan di lokaliti ini.

“KKM juga mengesan empat kes positif di Kampung

Melangkap Tomis Kota Belud dan kita melaksanak­an PKPD di kesemua lokaliti di Sandakan, Tawau serta Kota Belud ini bermula 14 sehingga 27 April depan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata, tiga lagi PKPD masing-masing di Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Baling Tawau yang kini mencatatka­n 66 kes positif serta Kampung Baru Pasir Putih Mukim Sri Tanjung Tawau dengan 68 kes positif dilanjutka­n bermula 15 sehingga 28 April depan.

Katanya, PKPD di Kampung Simpang 3A Merotai Besar Tawau turut dilanjutka­n bermula 16 hingga 29 April yang setakat ini sudah mencatatka­n 28 kes positif hasil saringan 745 penduduk.

Dalam pada itu Masidi berkata, sebanyak 117 kes positif dilaporkan kelmarin dengan dua kluster baharu iaitu kluster Tabanak di Lahad yang Datu mencatatka­n tujuh kes baharu positif COVID-19.

“Kluster kedua ialah kluster Kampung Gayang Tuaran yang menambah dua kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 23 kes hasil kes indeks lelaki 69 tahun melalui saringan bergejala pada 04 April lalu.

“Daripada 72 orang kontak rapat yang disaring, 22 orang dikesan positif dan berdasarka­n penelitian, kes indeks menghadiri kenduri pada 28 Mac dengan anggaran tetamu lebih 30 orang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia