Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan persekutua­n perlu memberi penakrifan jelas berhubung isu ‘wilayah’ kepada Sarawak

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n perlu memberi penakrifan jelas berhubung isu ‘wilayah’ kepada Sarawak bagi mengelakka­n polemik politik berpanjang­an khususnya bagi 2.8 juta rakyat Sarawak.

Ketua Pemuda merangkap Timbalan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dr Johnical Rayong Ngipa ketika dihubungi Utusan Borneo berkata, sejak isu ini timbul banyak persoalan berlegar di kalangan rakyat berhubung status Sarawak terutama tentang terbentukn­ya Malaysia pada September 1963.

“Umum mengetahui bahawa Sarawak yang dahulu dikenali negara turut bersama-sama Malaya, Sabah dan Singapura membentuk Malaysia sebelum Singapura menarik diri daripada gabungan itu.

“Kemudian Sabah dan Sarawak menjadi negeri bersama 13 yang lain antaranya Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan yang lain membentuk Malaysia yang berdaulat,” katanya.

Menurut Dr Rayong, kerajaan persekutua­n perlu memberi penerangan jelas berhubung isu tersebut kerana rakyat tertanya-tanya status dan manfaat yang diperolehi selepas Sarawak bertukar status daripada sebuah negeri berdaulat kepada sebuah wilayah.

“Isu ini sangat sensitif dan PSB sebagai sebuah parti tempatan dan berbilang bangsa memandang serius akan perubahan takrifan ini kerana ia pasti memberi kesan mendalam kepada Sarawak pada masa akan datang,” katanya.

“Kita mahu kerajaan terutama Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi penerangan tentang isu ini yang kini menjadi tular di media sosial dan tidak membiarkan rakyat tertanyata­nya akan status Sarawak untuk masa akan datang.

“Dan adalah jelas bahawa pengumuman Sarawak sebagai wilayah turut dianggap mengeliruk­an dan dipertikai warga maya.

“Mereka mempersoal­kan terma wilayah itu bermaksud sama seperti kewujudan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili itu lagi, Sarawak dari dahulu sangat konsisten mahu diiktiraf sebagai sebuah negara dan bukan wilayah dan PSB kekal dengan pendirian tersebut.

“Isu ini sudah berlarutan sejak sekian lama... justeru GPS sebagai kerajaan semasa perlu mengambil tanggungja­wab mengembali­kan hak Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hak eksklusif minyak dan gas seperti termaktub dalam PDA74,” ujarnya.

“Kerajaan persekutua­n harus tahu bahawa sentimen kita ialah hak Sarawak yang turut membentuk Malaysia pada 1963 perlu dipatuhi sepenuhnya dan PSB mengambil berat setiap perkara yang termaktub dalam perjanjian itu.

Katanya, sebarang permohonan untuk menukar Sarawak daripada negeri kepada wilayah perlu melalui proses perdebatan di DUN Sarawak terlebih dahulu untuk peringkat kelulusan sebelum didebatkan di peringkat Parlimen.

“Persoalan yang timbul ialah adakah selepas menjadi wilayah, hak eksklusif Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63 dan PDA74 akan dikembalik­an,” soalnya.

 ??  ?? DR RAYONG
DR RAYONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia