Utusan Borneo (Sarawak)

417,470 individu lengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Seramai 417,470 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin mereka setakat kelmarin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 632,668 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini 1,050,138.

Menerusi satu infografik dikongsika­n di laman Twitter rasminya semalam, Dr Adham berkata, lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 86,577 diikuti Sarawak (65,580), Kuala Lumpur (62,724), Johor (57,248) dan Sabah (54,817).

Sementara, lima negeri yang melengkapk­an keduadua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 57,664 individu, diikuti Perak (47,007), Sabah (42,344), Kuala Lumpur (35,542) dan Pahang (32,839).

Dalam pada itu, jumlah pendaftara­n untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah seramai 8,687,372 atau 35.8 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi melibatkan 2,306,344 pendaftara­n. Mengikut perancanga­n program imunisasi tersebut, tempoh pelaksanaa­n fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan membabitka­n 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 65 tahun ke atas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya (OKU), manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 membabitka­n individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia