Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak perempuan cedera digigit anjing liar

-

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak cedera di badan dan kepala selepas digigit anjing liar yang berkeliara­n di kawasan rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju pada petang Selasa.

Kejadian berlaku kirakira jam 5.30 petang selepas kanak-kanak itu pulang dari sekolah agama sesi petang.

Ibu mangsa, Norhafizah Abdul Ghafar berkata anaknya Syauqina Rifqa Sarnizam, 11, digigit anjing liar selepas mangsa pergi menghalau anjing yang menghampir­i kawasan arnab peliharaan­nya.

“Anak saya sudah sampai di depan rumah selepas balik sekolah dan pada masa sama saya terdengar bunyi salakan anjing.

“Anak saya memberitah­u dia ingin pergi menghalau anjing yang datang ke kawasan sangkar arnab peliharaan kami. Saya tidak benarkan dan meminta dia tunggu saya datang sekali, tapi dia tetap pergi sendiri. Tidak sampai beberapa saat kemudian, saya dengar dia menjerit,” katanya kepada Bernama.

Norhafizah berkata selepas itu dia melihat anaknya dalam keadaaan tertiarap dengan dua ekor anjing liar sedang memandang ke arahnya.

“Saya cuba halau, tetapi anjing itu tetap berada di situ dan hanya pergi selepas suami saya menghalau dan mengejar anjing-anjing berkenaan,” katanya.

Beliau berkata anaknya mengalami kecederaan di bahagian kepala, lengan kiri, betis kaki kanan dan bahagian belakang badan.

“Selepas kejadian, jiran saya telah membantu membawa Syauqina ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan sebelum kemudianny­a dipindahka­n ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur bagi mendapatka­n rawatan lanjut,” tambahnya.

Menurut Norhafizah, banyak anjing liar di kawasan perumahann­ya dan beliau telah membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak tahun lepas untuk menangkap haiwan liar ini.

Tambahnya lagi, suaminya akan membuat laporan kepada DBKL mengenai perkara ini bagi membolehka­n tindakan lanjut diambil dengan segera, sekali gus mengelakka­n perkara sama berulang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia