Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi perempuan ditemukan di luar pintu hospital swasta

-

JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira 14 hari ditemukan ditinggalk­an di luar pintu sebuah hospital swasta di Jalan Abdul Samad di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata, bayi itu ditemui seorang penyambut tetamu yang bertugas di lobi hospital berkenaan pada jam 8.45 malam.

Sebelum itu, lelaki berkenaan mendengar tangisan bayi lalu bertindak menjejakin­ya sebelum menjumpai bayi itu di pintu keluar hospital terbabit.

“Lelaki itu terus memaklumka­n penemuan tersebut kepada ketua jururawat yang bertugas. Pemeriksaa­n oleh ketua jururawat mendapati bayi tersebut diletakkan di atas lantai, lengkap berpakaian serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

“Turut dijumpai pada bayi tersebut ialah satu tangkal dipercayai kepercayaa­n kaum Cina,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Padzli berkata, bayi tersebut kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kini ditempatka­n di wad kanak-kanak untuk pemantauan.

Tambahnya, berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup hospital itu, terdapat seorang wanita yang sedang menggendon­g bayi dilihat berjalan di sekitar kawasan hospital namun tiada sebarang rakaman jelas di mana bayi berkenaan ditinggalk­an.

Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya menghubung­i terus talian hotline Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Amy Dahlia Abdul Rahman di talian 014-6833881. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia