Utusan Borneo (Sarawak)

Ramadan: Pengusaha air nira kelapa tak menang tangan penuhi permintaan

-

SETIAP kali Ramadan, 100 peserta Rancangan Tanah Berkelompo­k (RTB) di Kampung Batu Putih di sini, yang mengusahak­an air nira kelapa tidak akan menang tangan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Seorang pengusaha, Ismail Sulaiman, 60, berkata permintaan air nira kelapa atau lebih dikenali sebagai air tuak oleh penduduk Terengganu meningkat mendadak hampir lima kali ganda.

“Secara purata, saya boleh jual

40 liter air nira kelapa sehari, permintaan sangat tinggi daripada orang ramai... apakan daya stok sangat terhad, jadi saya utamakan pelanggan yang telah membuat tempahan awal.

“Ramai juga peniaga kecilkecil­an yang mahu memborong air nira kelapa dari ladang saya ni untuk dijual semula dalam bekas bersaiz 500 mililiter (ml) pada harga RM5 hingga RM7, namun saya terpaksa menolak permintaan mereka kerana stok tidak cukup buat masa ini,” katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Batu Putih di Marang, Terengganu semalam.

Memandangk­an permintaan pasaran sangat tinggi, Ismail yang lebih mesra dikenali sebagai Pok Nasir berkata beliau terpaksa menaikkan harga pada Ramadan ini iaitu bagi kapasiti 10 liter harganya RM50 (naik RM10) manakala saiz 1.5 liter berharga RM11 berbanding RM10 sebelum ini.

“Keistimewa­an air nira kelapa dari Kampung Batu Putih ini kerana tanahnya dikatakan lebih banyak mineral kerana terletak di pinggir sungai dan pastinya ia lebih segar kerana baru

dikumpul katanya yang turut memproses air nira kelapa menjadi ‘nissang’ yang sangat popular untuk pembuatan kuih muih tradisiona­l.

Ketika ini terdapat 40.5 hektar ladang kelapa yang diusahakan 100 peserta terdiri daripada penduduk kampung berhampira­n melalui Rancangan Tanah Berkelompo­k Kampung Batu Putih dan mampu mengeluark­an 300 liter air nira nipah setiap hari.

Sementara itu, Pengerusi Dataran Batu Putih, Noor Azman Hasan berkata semua 100 peserta RTB itu sudah bersetuju untuk mewujudkan satu koperasi dalam usaha melonjakka­n lagi jualan air nira kelapa keluaran mereka.

“Kami dalam proses mewujudkan pusat pengumpula­n sehenti air nira kelapa ini yang lengkap dengan bilik sejuk beku berteknolo­gi tinggi agar stok sentiasa mencukupi sepanjang Ramadan.

“Sekarang ni, permintaan sangat banyak dari Kuala Lumpur, Johor dan Selangor namun kami masih tidak dapat menampung permintaan itu kerana tiada satu sistem penyimpana­n yang sistematik,” katanya yang berharap ada jabatan, agensi kerajaan atau syarikat swasta yang mahu membantu 100 peserta itu mewujudkan pusat pengumpula­n sehenti yang kosnya dianggarka­n bernilai RM250,000.

Bagi peminat air nira kelapa pula, mereka menyukai rasanya yang masam, manis dan sedikit kelat ditambah pula aroma yang sangat memikat untuk dijadikan pembuka selera pada waktu berbuka puasa.

Mohd Hafsham Razali, 41, berkata beliau sangat menyukai air nira kelapa kerana rasanya yang unik ditambah pula ia mempunyai kandungan mineral yang tinggi dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan.

“Bagi saya, lebih baik minum air tuak ni berbanding air lain yang mempunyai kandungan gula serta bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan. Lagipun, saya dah terbiasa minum sejak kecil memang jadi kegemaran sekeluarga.

“Selain dapat ‘sejukkan’ badan, beli air nira ni dapat bantu penduduk kampung jana pendapatan mereka... harganya murah dan tahan tiga bulan kalau disimpan di bahagian sejuk beku peti ais rumah,” katanya yang sering menjadikan air nira kelapa sebagai ‘buah tangan’ untuk tetamu yang datang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MANIS: Mayang pokok kelapa yang menghasilk­an manisan nira kelapa ketika tinjauan di Kampung Batu Putih.
— Gambar Bernama MANIS: Mayang pokok kelapa yang menghasilk­an manisan nira kelapa ketika tinjauan di Kampung Batu Putih.
 ?? — Gambar Bernama ?? JADI REBUTAN: Ismail menunjukka­n air nira ketika ditemui di Kampung Batu Putih.
— Gambar Bernama JADI REBUTAN: Ismail menunjukka­n air nira ketika ditemui di Kampung Batu Putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia