Utusan Borneo (Sarawak)

Pengarah filem ‘Nomadland’ belum sedia buat filem tentang China

-

FILEM jalanan AS oleh Chloe Zhao ‘Nomadland’ telah membangkit­kan kontrovers­i di China, namun ia akan mengambil “beberapa tahun lagi” sebelum pengarah kelahiran Beijing itu berani menayangka­n asal usulnya ke skrin, katanya kepada Festival Filem Kebangsaan Santa Barbara baru-baru ini.

Calon terutama Oscar ‘Nomadland’ merupakan filem terbaru Zhao berlatarka­n “negeri utama” AS mengisahka­n warga Amerika yang tinggal dalam van dipinggir dalam kalangan rakyat selepas Zaman Meleset dan mereka merayau-rayau dalam negeri populasi rendah seperti Dakota Selatan dan Nebraska.

Ia telah mendominas­i beberapa anugerah terkenal seperti Golden Globes namun menerima kutukan daripada China, setelah seorang pengguna media sosial mempersoal­kan kesetiaan beliau kepada negara kelahirann­ya.

Beberapa orang menggelarn­ya “pengkhiana­t” selepas membangkit­kan wawancara bertahunta­hun lepas dengan media Australia yang mana beliau mengulas “AS kini ialah negara saya.”

Ditanya oleh panel dalam maya bersama tiga pengarah calon Oscar lain jika beliau ada mempertimb­angkan merakam filem di China atau tentang zaman muda, Zhao menyatakan beliau “takut untuk menggali masa silam sendiri.”

Menceritak­an kisah orang lain “lebih selamat bagi saya,” tambahnya, sementara memberi peringatan kepada keberanian Lee Isaac Chung semasa zaman kanak-kanak, drama imigran KoreaAmeri­ka ‘Minari’.

“Saya belum mempunyai keberanian itu lagi. Jadi bagi saya apa yang kamu lakukan sangat berani,” katanya kepada Chung.

Semasa belajar di sekolah filem New York beliau terjumpa imej penempatan India di Dakota Selatan, yang menjadi inspirasi kepada filem pertamanya ‘Songs My Brothers Taught Me’.

“Semasa dalam lewat 20an saya rasa terputus hubungan dengan diri sendiri, jujurnya, tidak dapat mendengar suara sendiri,” kata Zhao.

“Dan saya akhirnya menuju ke Dakota Selatan, dan saya sangat jatuh cinta dengan Badlands itu,” katanya merujuk kepada taman negara di negeri timur tengah yang terkenal dengan Mount Rushmore.

Ditanya apa perancanga­n selepas pandemik berakhir, Zhao menyatakan hasrat untuk melawat ahli keluarga di rumah.

“Saya rindu perjalanan antarabang­sa, saya rindu pulang ke China, pulang ke rumah dan berjumpa keluarga,” katanya. “Serta rindu makanan cita rasa saya.”

— AFP

 ??  ?? CHLOE ZHAO
CHLOE ZHAO
 ?? — Gambar AFP ?? MENANG LAGI: Gambar ihsan BAFTA ini menunjukka­n reaksi Zhao selepas diumum pemenang Pengarah Terbaik untuk hasil kerjanya dalam filem ‘Nomadland’ semasa acara utama BAFTA British Academy Film Awards di Royal Albert Hall, London pada 11 April lepas.
— Gambar AFP MENANG LAGI: Gambar ihsan BAFTA ini menunjukka­n reaksi Zhao selepas diumum pemenang Pengarah Terbaik untuk hasil kerjanya dalam filem ‘Nomadland’ semasa acara utama BAFTA British Academy Film Awards di Royal Albert Hall, London pada 11 April lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia