Utusan Borneo (Sarawak)

NATO ikut jejak langkah AS undur tentera dari Afghanista­n

Washington sebelum ini mengumumka­n akan menarik balik semua tenteranya dari Afghanista­n menjelang 11 September

-

BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kelmarin bersetuju untuk menuruti jejak langkah Amerika Syarikat (AS) menarik balik semua tenteranya dari Afghanista­n, lapor Agensi Berita Xinhua.

Washington sebelum ini mengumumka­n akan menarik balik semua tenteranya menjelang 11 September.

AS menghantar tenteranya ke Afghanista­n pada 2001 susulan serangan 9/11, diikuti sekutunya NATO, “untuk memerangi Al-Qaeda dan pihak yang mahu menyerang AS,” menurut satu kenyataan dikeluarka­n selepas mesyuarat menteri luar dan pertahanan NATO secara maya.

Sekutu NATO memutuskan pengundura­n tentera dimulakan pada 1 Mei yang dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk menyelesai­kannya dan langkah itu akan dilaksana secara “teratur dan berperingk­at”.

“Jika Taliban menyerang tentera bersekutu semasa sedang berundur serangan balas yang padu akan dilancarka­n.

“Pengundura­n tentera bukan bermakna hubungan NATO dengan Afghanista­n berakhir, sebaliknya, ia menandakan bermulanya episod baharu,” kata kenyataan itu.

Sementara itu Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenber­g pada sidang media bersama Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin berkata “kami masuk ke Afghanista­n bersamasam­a dan kami berundur juga bersama-sama.”

“Sekutu dan rakan pakatan akan terus teguh berdiri bersama rakyat Afghanista­n, tetapi kini sudah tiba masanya untuk rakyat Afghanista­n sendiri membina keamanan yang berkekalan,” kata Stoltenber­g.

Buat masa ini terdapat kirakira 10,000 tentera NATO di Afghanista­n.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ALBUM: Menteri Luar Jerman Heiko Maas (kiri), Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin (dua kiri), Menteri Luar Itali Luigi Di Maio (tiga kiri), Setiausaha Negara AS Antony Blinken (tengah), Menteri Luar Turki Mevlut Cavus (tiga kanan), Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenber­g (dua kanan) dan Setiausaha Luar Britain Dominic Raab bergambar semasa mesyuarat di Brussels kelmarin.
— Gambar AFP ALBUM: Menteri Luar Jerman Heiko Maas (kiri), Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin (dua kiri), Menteri Luar Itali Luigi Di Maio (tiga kiri), Setiausaha Negara AS Antony Blinken (tengah), Menteri Luar Turki Mevlut Cavus (tiga kanan), Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenber­g (dua kanan) dan Setiausaha Luar Britain Dominic Raab bergambar semasa mesyuarat di Brussels kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia