Utusan Borneo (Sarawak)

TV AlHijrah rai Ramadan dengan tema Andai Ini Ramadan Terakhir

-

TV ALHIJRAH telah memulakan kempen Ramadan dengan menyiarkan barisan rancangan-rancangan yang memanfaatk­an penontonny­a bermula 6 April yang lalu.

Kempen ini akan dilaksanak­an sehingga Ramadan terakhir 1442H.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, TV AlHijrah meneruskan tradisi perkongsia­n ilmu dan kebaikan menerusi siaran rancanganr­ancangan terbaik Ramadan 1442H kali ini.

“Setelah diperhalus­i dan diteliti, TV AlHijrah mengangkat tema Andai Ini Ramadan Terakhir sebagai tunjang penerbitan setiap rancangan Ramadan stesen kami.

“Menerusi tema ini, kita mahu saling ingat mengingati sesama insan bahawa kematian itu pasti menjemput tanpa mengira pangkat, darjat mahupun harta. Untuk itu, kita perlu berterusan meningkatk­an amalan dan berbuat kebaikan apatah lagi di bulan Ramadan, bulan yang dipenuhi berkat dan keampunanN­YA.

“Kita mahu semua yang menonton TV AlHijrah pada Ramadan kali ini beroleh manfaat serta menanam semangat dan iltizam untuk memperting­katkan amalan hingga ke hari terakhir Ramadan seterusnya mengekalka­nnya sepanjang kehidupan,” tambah beliau lagi.

Perencanaa­n kempen Andai Ini Ramadan Terakhir ini didokong oleh dua belas program baru yang akan menjadi panduan buat penonton dalam usaha membudayak­an ibadat berpuasa mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Rancangan-rancangan tersebut adalah rancangan bual bicara Sebuah Kehidupan, Drama Andai Ini Ramadan Terakhir, Aura Al-Qadar, animasi Omar dan Hana, rancangan masakan Camca, Ihya Ramadan, Ittabiouni, Dokumentar­i AlFarabi, My # HadithTime, Haflah, E-Kaunter Netizen dan Hijrah Berselawat.

Namanzee turut berkata bahawa di samping program-program yang disiarkan di televisyen, TV AlHijrah turut melancarka­n dua inisiatif lain untuk Ramadan iaitu inisiatif platform media digital dan inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Ujar beliau, tiga rancangan baharu akan menemui pelayar laman Facebook TV AlHijrah sepanjang Ramadan iaitu rancangan Ah-Liow Kitchen, Sabar with Sabran dan juga program tinjauan orang ramai (Vox Pop) seandainya mereka mengetahui ini adalah Ramadan terkhir buat mereka. Buat pertama kalinya, stesen ini turut menganjurk­an pertanding­an menulis esei Andai Ini Ramadan terakhir yang menawarkan hadiah lumayan buat pemenang.

“Selain itu, kami turut gerakkan Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah yang akan turun padang menyantuni masyarakat serta berdakwah melalui frontliner.

10 buah motosikal yang membawa imej TV AlHijrah akan menyantuni dengan membuat edaran bubur lambuk resepi Kampung Baharu.

“Lima belas lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menjadi lokasi tumpuan masyarakat setempat akan dilawati Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah. Antaranya adalah Hospital Besar Kuala Lumpur, perkampung­an Orang Asli Gombak, Kawasan sekitar Chow Kit, stesen LRT dan banyak lagi lokasi tumpuan lain,” katanya.

Layari laman sesawang TV AlHijrah www. tvalhijrah.com untuk maklumat lanjut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KHAS RAMADAN INI DI TV ALHIJRAH: Program ‘Camca’ bersama Chef Nabil.
KHAS RAMADAN INI DI TV ALHIJRAH: Program ‘Camca’ bersama Chef Nabil.
 ??  ?? NAMANZEE HARRIS
NAMANZEE HARRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia