Utusan Borneo (Sarawak)

TIADA PKP, KEKAL PKPB

JPBNS turut bersetuju daerah Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Meradong kekal di bawah PKPB selepas perbincang­an dengan MKN.

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan untuk tidak menguatkua­sakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebaliknya kekal dengan PKP Bersyarat (PKPB) sehingga 26 April 2021.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media semalam berkata, JPBNS turut bersetuju lima daerah iaitu Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Meradong kekal di bawah PKPB selepas perbincang­an dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Pada masa yang sama katanya, JPBNS juga akan meneruskan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di kawasan yang berisiko tinggi.

“Berdasarka­n pengalaman Sarawak, pelaksanaa­n PKPB dengan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan penguatkua­saan yang ketat adalah lebih berkesan dalam mengurangk­an dan menghentik­an penularan pendemik ini.

“Salah satu kebimbanga­n utama JPBNS dalam pelaksanaa­n PKP adalah kemampuan dan keberkesan­an penguatkua­saan di kawasan yang lebih luas.

“Ini adalah berdasarka­n pengalaman PKP di Sibu baru-baru ini (dari 15 Februari hingga 1 Mac 2021),” katanya yang juga pengerusi JPBNS.

Tambah Uggah, PKPD lebih mudah untuk diurus dan dikuatkuas­akan terutama di kawasan terkurung atau tertumpu.

Pada masa yang sama, apabila kawasan kampung dan rumah panjang terjejas, tempat-tempat ini diletakkan di bawah sekatan pergerakan dengan kadar segera.

Ini katanya, akan membantu pihak keselamata­n atau penguat kuasa melaksanak­an kawalan pergerakan dengan lebih mudah dan berkesan.

Oleh itu, JPBNS telah mengisytih­arkan dua PKPD di Flat Sibujaya dan Rumah Sentosa di Sibu dan PKPD di 152 rumah panjang di mana setakat ini, 144 PKPD telah ditamatkan dan 10 masih dalam PKPD.

“Dengan pendekatan ini, PKPD telah berjaya menurunkan keskes positif dan membendung jangkitan di kawasan tersebut tanpa membebanka­n kegiatan ekonomi di kawasan-kawasan lain,” katanya.

Di Sarawak ujar Uggah, JPBNS telah melaksanak­an sebanyak 487 PKPD sejak Januari 2021 dan 401 PKPD telah ditamatkan.

Seramai 77,303 orang telah disaring di kawasan PKPD di mana 4,573 telah didapati positif.

JPBNS juga menurunkan kuasa kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) untuk melakukan penilaian risiko jangkitan di bahagian masing-masing dan mengesyork­an SOP yang paling sesuai untuk membendung penularan dan jangkitan di bahagian tersebut.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KETIBAAN: Uggah (depan) tiba bagi sidang media JPBNS mengenai situasi
semasa kes COVID-19 di Sarawak semalam.
— Gambar Chimon Upon KETIBAAN: Uggah (depan) tiba bagi sidang media JPBNS mengenai situasi semasa kes COVID-19 di Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia