Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek isi borang ‘Enter Sarawak’ dikenal pasti

Tawar perkhidmat­an isi borang kepada sesiapa yang ingin memasuki negeri ini dengan bayaran RM130

- Oleh Jeremy Lanson

“Bagaimanap­un, semakan dengan JPBNS mendapati mereka tidak pernah melantik atau memberi kebenaran kepada mana-mana individu luar untuk bertindak bagi pihak JPBNS dalam sebarang urusan.

Datuk Aidi Ismail

Pesuruhjay­a Polis Sarawak

KUCHING: Polis Sarawak telah mengenal pasti seorang wanita disyaki suspek yang menawarkan perkhidmat­an mengisi borang ‘Enter Sarawak’ kepada sesiapa yang ingin memasuki negeri ini.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dalam kenyataan akhbarnya berkata, suspek melalui satu akaun Facebook menawarkan perkhidmat­an tersebut dengan bayaran RM130 bagi seorang pemohon.

Menurutnya, suspek mendakwa dirinya bekerja dengan Jawatankua­sa Pengurusan Bencara Negeri Sarawak (JBPNS) dan boleh meluluskan permohonan tersebut.

“Bagaimanap­un, semakan dengan JPBNS mendapati mereka tidak pernah melantik atau memberi kebenaran kepada mana-mana individu luar untuk bertindak bagi pihak JPBNS dalam sebarang urusan.

“Susulan itu, polis sedang menjalanka­n siasatan kes ini di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan menipu,” katanya.

Jelasnya juga, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta boleh dikenakan sebat dan denda.

Sungguhpun begitu, polis setakat ini masih belum dapat mendedahka­n identiti suspek.

Tambah Aidi, satu laporan berhubung perkara tersebut diterima pada 12 April barubaru ini.

“Orang ramai dingatkan untuk membuat permohonan ‘Enter Sarawak’ melalui saluran yang betul,” katanya.

Untuk sebarang kemusykila­n dan maklumat berkaitan tatacara kemasukan ke Sarawak boleh menghubung­i Bilik Operasi JPBN Sarawak di talian 082-443991.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia