Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat penyalahgu­naan dadah

-

BAU: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah di Kampung Jagoi Duyoh di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, terdahulun­ya suspek berusia 24 tahun itu ditahan untuk pemeriksaa­n selepas dilihat mencurigak­an di tepi jalan kampung tersebut sekitar jam 1.40 petang.

Menurut, suspek kemudian ditangkap selepas didapati memiliki dadah jenis syabu.

“Semasa pemeriksaa­n dijalankan ke atas tubuh suspek, polis ternampak tangan suspek sedang menggengga­m sesuatu yang cuba disembunyi­kan.

“Apabila diperiksa terdapat satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya jenis syabu,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Tambahnya, suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana didapati memiliki dadah.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya sekali,” kata Poge.

Selain itu, hasil saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphet­amine.

Susulan itu suspek juga disiasat di bawah Seksyen 15(1) ADB 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun.

Poge selain itu menegaskan bahawa pihaknya akan terus berusaha mengekang dan mengesan aktiviti dadah ini di lokasiloka­si yang disyaki.

“Ibu bapa juga sangat memainkan peranan penting dalam institusi kekeluarga­an bagi memastikan anak-anak mereka bebas daripada salah guna bahan dadah berbahaya yang boleh merosakkan masa depan mereka,” ujar Poge.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia