Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak merekodkan 512 kes baharu, dua kematian

Jumlah kes meningkat kepada 21,960, jumlah kematian pula meningkat kepada 135 orang di negeri ini

- Oleh Jessica Jawing

“Kes kematian ke-134 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 61 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk dan memerlukan bantuan pernafasan dan saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Sarawak merekodkan 512 kes baharu dengan dua kematian melibatkan jangkitan COVID19, semalam kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah 512 kes baharu itu Bintulu (120), Sibu (99), Subis (80), Kuching (56), Miri (31), Kapit (30), Meradong (29), Serian (22), Kanowit (10), Samarahan (9), Sarikei (7), Bukit Mabong (6), Limbang (3), Kabong (2), Asajaya (1), Bau (1), Belaga (1), Beluru (1), Julau (1), Saratok (1), Song (1) dan Sri Aman (1) dan ia menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 21,960 kes.

Sementara itu kata beliau, semalam juga terdapat dua kematian direkodkan yang menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 135 orang di negeri ini.

“Kes kematian ke-134 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 61 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk dan memerlukan bantuan pernafasan dan saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 14 April 2021 dan kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan penyakit batuk kering (Tuberculos­is),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Uggah berkata, bagi kes kematian ke-135, ia melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 71 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Miri kerana mengalami gejala batuk dan kesukaran bernafas serta memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 6 April 2021 dan keadaan kes didapati merosot dah disahkan meninggal dunia pada 15 April 2021 dan kes ini mempunyai komorbid penyakit darah tinggi.

Mengenai kes baharu Uggah berkata, daripada 512 kes baharu yang dilaporkan, seramai 61 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Katanya, dimaklumka­n juga, seramai 425 orang kes yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan.

“Mereka ini terdiri daripada 420 orang yang merupakan individu yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan lima orang adalah individu yang balik dari kawasan berisiko tinggi,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? MAKLUMAN: Uggah pada sidang media mengenai perkembang­an COVID-19 di Kuching, semalam.
— Gambar Chimon Upon MAKLUMAN: Uggah pada sidang media mengenai perkembang­an COVID-19 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia