Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari terima kunjungan hormat CEO PERKESO

-

KUCHING: Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) kelmarin menyerahka­n 10 projektor dan skrin LED kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road bagi menyokong usaha bersepadu supaya sekolah ini dilengkapi secara digital.

Menurut kenyataan media SMA, projektor dan skrin LED berkenaan diserahkan oleh Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak kepada Timbalan Yang Dipertua PIBG SMK Green Road Lee Joon Hua di Pejabat Ketua Menteri.

Hadir sama menyaksika­n upacara tersebut adalah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi (MESTR) Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Prestasi dan Penyampaia­n Perkhidmat­an) Datu Dr Sabariah Putit.

Yang Dipertua PIBG SMK Green Road Dr Dzulzalani Eden dalam pada itu berkata, selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk membantu meningkatk­an persekitar­an pembelajar­an para pelajar.

“PIBG SMK Green Road sentiasa menyokong pelajar yang menyertai pertanding­an STEM.

“Kami membiayai wang saku mereka atau menghulurk­an bantuan dengan membayar yuran penyertaan mereka,” ujar Dr Dzulzalani dalam kenyataan tersebut.

Menurut Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak, tindakan memperkuku­hkan pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi adalah tindakan strategik bagi agenda Ekonomi Digital Negeri.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa telah bekerjasam­a dengan MESTR sejak 2019.

“Antara lainnya adalah untuk membangunk­an dan mendukung sejumlah besar kemahiran serta bakat digital di institusi pendidikan bagi memenuhi tuntutan ekonomi digital negara,” jelas beliau.

Pada majlis itu juga, SMK Green Road berkesempa­tan menunjukka­n cara sekolah menjalanka­n kelas STEMnya untuk pelajar tingkatan empat dan lima.

Usaha tersebut telah menghasilk­an beberapa pencapaian penting oleh para pelajarnya sejak diperkenal­kan pada 2020.

Ia termasuk menjadi juara bagi Program Saintis Muda 2020 di kedua-dua peringkat nasional dan negeri.

Projektor dan skrin LED tambahan juga akan membolehka­n lebih banyak kelas STEM dijalankan dengan gangguan minimum.

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (kedua dari kiri) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, semalam.

Semasa kunjungan tersebut, Mohammed Azman memaklumka­n Abang Johari bahawa PERKESO melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan pusat berikutan pandemik COVID-19, telah menyalurka­n RM1.296 bilion kepada rakyat Sarawak dalam bentuk gaji, insentif pengambila­n pekerja dan padanan caruman untuk Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri.

Mohammed Azman juga merakamkan penghargaa­n kepada Kerajaan Sarawak atas caruman berjumlah RM4.16 juta untuk 3,004 penjawat awam negeri yang bertaraf kontrak dan sementara di bawah skim perlindung­an PERKESO.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Mohammed Azman (kiri) ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di Kuching semalam.
KUNJUNGAN: Mohammed Azman (kiri) ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia