Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Lutong siap

-

MIRI: Projek membina jambatan jalan masuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Lutong sepanjang 10 meter siap mengikut jadual pada 10 Mac lalu.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, projek dengan peruntukan RM100,000 oleh kerajaan negeri itu menyelesai­kan isu kesukaran menghantar jenazah ke tanah perkuburan.

“Projek ini telah bermula pada 11 Januari lalu dan telah siap pada 10 Mac, ia adalah atas permintaan penduduk kampung bagi memudahkan penghantar­an jenazah ke tanah perkuburan di seberang sungai,” katanya semasa meninjau projek itu semalam.

Lee yang juga ADUN Senadin menjelaska­n Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) itu membabitka­n kerja-kerja membina semula dan membaik pulih jambatan menuju ke Kubur Merapak.

“Dahulu jambatan ini adalah kayu yang telah digunakan sejak 1970-an, kita menukar jambatan lama ini kepada konkrit sepanjang 10 meter dan selebar lima meter,” ujarnya.

Lee berkata, selain itu kerja-kerja menurap jalan ke jambatan itu akan dilaksanak­an pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Malahan, Lee menambah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran dimohon untuk melakukan pembersiha­n sungai berhampira­n kubur berkenaan bagi melancarka­n pengaliran air sungai.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Pengkalan Lutong

Ali Mat berkata, meskipun kubur berkenaan sudah lama, namun ia masih mempunyai ruang bagi menempatka­n jenazah.

“Kubur Merapak sudah lama dan masih mempunyai kawasan luas untuk menempatka­n jenazah namun keadaan jambatan yang usang sebelum ini menyukarka­n pergerakan van jenazah,” katanya.

Menurut Ali, van jenazah terpaksa berhenti di hadapan jambatan lama (kayu) seterusnya turun berjalan kaki menyeberan­gi jambatan untuk ke tanah perkuburan.

“Kita bersyukur projek ini mendapat perhatian kerajaan dan memudahkan urusan pengebumia­n jenazah di sini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Lee akan berhubung dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia untuk melihat ruang menempatka­n para wartawan dalam senarai penerima vaksin pada Fasa II, 19 April ini.

“Kita berharap semua yang layak dan mendaftar dalam MySejahter­a mendapat vaksinasi ini termasuk para wartawan disenaraik­an sebagai penerima Fasa II,” jelasnya.

 ??  ?? LENGKAP: Lee menunjukka­n pelan pembinaan jambatan jalan masuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Lutong ditemani wakil MBM dan Ali.
LENGKAP: Lee menunjukka­n pelan pembinaan jambatan jalan masuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Lutong ditemani wakil MBM dan Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia