Utusan Borneo (Sarawak)

Tamu Betong ditutup sementara untuk disanitasi

-

BETONG: Penutupan sementara Tamu Betong merupakan langkah terbaik sejajar dengan keperluan dan keselamata­n rakyat.

Setiausaha Majlis Daerah Betong MDB Charlie Keling memberitah­u, keputusan untuk menutup pusat jualan produk pertanian itu adalah bagi memberi laluan untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersiha­n kawasan tamu tersebut.

“Mesyuarat bersama Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Betong pada malam Selasa telah memutuskan untuk menutup sementara mulai semalam hingga Sabtu.

“Pusat ini akan beroperasi semula pada Ahad setelah pihak kita menjalanka­n kerja-kerja sanitasi ke atas kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi berkenaan penutupan sementara Tamu Betong.

Kebimbanga­n pihak JPBB Betong akan keselamata­n rakyatdala­mkawasante­rbabit setelah melihat beberapa kes yang melibatkan penduduk setempat.

“Berikutan berlakunya kes-kes positif COVID-19 di kawasan setempat dikhuatiri mereka yang positif telah mengunjung­i tamu tersebut,” tambahnya.

Dalam pada itu, JPBB Betong telah mengeluark­an arahan penutupan sementara beberapa premis dan tempat ibadah seperti Masjid Jamek, Surau Darul Dakwah Kampung Tengah, Surau Damai Kampung Hilir, Surau Darul Taqwa Kampung Baru, Surau Setia Kampung Baru Hilir dan Surau An-Najah SK Abang Abdul Kadir mulai 14 hingga 17 April ini.

Tiada sebarang operasi dan aktiviti yang dibuka kepada orang awam sepanjang penutupan tersebut.

Ia bagi memberi peluang untuk kerja-kerja sanitasi oleh pihak berkaitan demi menjaga keselamata­n penduduk setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia