Utusan Borneo (Sarawak)

Jalur lebar menerusi VSAT beri impak positif

Penyediaan WiFi guna VSAT memantapka­n kemudahan telekomuni­kasi di luar bandar

- Oleh Kepu Sidi

Di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan, kita telah berjaya memasang lima unit kemudahan VSAT ini di lima lokasi

” berbeza.

Rolland Duat Jubin

SARIKEI: Projek pemasangan jalur lebar dengan menyediaka­n kemudahan perkhidmat­an WiFi menggunaka­n Very Small Aperture Terminal Aperture (VSAT) telah banyak membawa impak positif dalam memantapka­n kemudahan telekomuni­kasi terutama di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin berkata, usaha Kerajaan Sarawak yang memperkena­lkan sistem ini telah banyak membantu masyarakat di kawasan luar bandar dalam menikmati jaringan komunikasi yang lebih baik.

“Di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan, kita telah berjaya memasang lima unit kemudahan VSAT ini di lima lokasi berbeza.

“Salah satunya ialah di Rumah Suntik Gawan, Nanga Kakup, Entabai, Julau.

“Projek ini adalah kendalian Sarawak Multimedia

Authority (SMA) yang kelima di kawasan DUN Meluan dan ia adalah inisiatif Kerajaan Sarawak melalui SMA untuk memasang jalur lebar tanpa wayar ke kawasan pedalaman di Sarawak,” kata Rolland.

Beliau berkata demikian pada program Lawatan Tapak Menaik Taraf Rumah Suntik Gawan, Nanga Kakup, Entabai, Julau, semalam.

Perkhidmat­an WiFi yang menggunaka­n VSAT ini memberi capaian jalur lebar selaju 25 Megabit sesaat dengan jarak capaian 30 meter.

Menurut Rolland, kemudahan telekomuni­kasi ini sangat praktikal sebagai penyelesai­an sementara masalah telekomuni­kasi di kawasan yang tidak ada perkhidmat­an rangkaian mobil.

Terdahulu, Rolland bersama rombongann­ya telah melakukan lawatan tapak ke Rumah Suntik Gawan, Nanga Kakup, Entabai, Julau untuk meninjau projek menaik taraf rumah panjang tersebut yang sepanjang 48 pintu.

Rolland berkata, projek yang dilaksanak­an di rumah panjang berkenaan menggunaka­n peruntukan RM200,000.

“Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan tersebut di bawah Projek

Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Skop pembinaan projek ini adalah merangkumi pembinaan membaik pulih rumah panjang tersebut dengan membina anjung baharu.

“Kerja-kerja pembinaan ini akan dilakukan dalam tempoh terdekat ini dan kita berharap ia dapat dibina mengikut

ADUN Meluan

standard kerja seperti yang telah ditetapkan,” tegas Rolland.

Tambahnya lagi, pihaknya akan memantau dari semasa ke semasa dengan agensi pelaksana bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Brian Fung Kok Shiun dan Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei Jessica Ellinda Panti.

 ??  ?? KENANGAN: Tun Taib dan Toh Puan Ragad (tengah) merakam kenangan bersama tetamu kunjungan hormat. Turut kelihatan Nurlaila (dua kanan), Amat (tiga kiri) dan tetamu kehormat lain.
KENANGAN: Tun Taib dan Toh Puan Ragad (tengah) merakam kenangan bersama tetamu kunjungan hormat. Turut kelihatan Nurlaila (dua kanan), Amat (tiga kiri) dan tetamu kehormat lain.
 ??  ?? JARINGAN KOMUNIKASI: Rolland (tengah) meninjau kemudahan VSAT di Rumah Suntik Gawan, Julau, semalam.
JARINGAN KOMUNIKASI: Rolland (tengah) meninjau kemudahan VSAT di Rumah Suntik Gawan, Julau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia