Utusan Borneo (Sarawak)

OACP-RBK perlu dipantau pastikan inisiatif dipraktikk­an secara cekap, berkesan

-

KUCHING:PelanAntir­asuah Organisasi Residen Bahagian Kuching (OACP-RBK) perlu sentiasa dipantau rapi dan serius bagi memastikan semua inisiatif terkandung di dalamnya dapat dipraktikk­an secara cekap dan berkesan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion berkata, ia penting bagi memastikan OACP-RBK yang dirangka benar-benar dapat melahirkan penjawat awam berintegri­ti serta muncul sebagai organisasi berintegri­ti tinggi dengan sistem urus tadbir kemas dan bebas rasuah.

“Saya suka mengulangi di sini, peringatan supaya OACP ini bukan hanya untuk persiapan tetapi merupakan dokumen induk sebagai rujukan dan panduan semua agensi di Sarawak.

“Semua inisiatif OACPRBK ini mesti dilaksanak­an bersungguh-sungguh,” katanya ketika berucap pada Majlis Prapelanca­ran OACPRBK di sebuah hotel di sini, semalam.

Jaul berkata sekurangku­angnya 12 sumber rujukan utamadalam­membuatana­lisis dan mengenal pasti bidang keutamaan berdasarka­n risiko kemungkina­n berlakunya rasuah dan salah laku.

Beliau berkata antaranya, laporan Unit Audit Dalam, laporan Jabatan Audit Negara,LaporanSur­uhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rekod Tatatertib dan beberapa sumber lain.

“Selepas itu baharulah ‘Scenario Planning’ digunakan supaya semua ruang yang berpotensi berlakunya salah guna kuasa, rasuah dan pelanggara­n disiplin dapat ditangani secara strategik dan proaktif melalui OACP-RBK.

“Oleh itu saya percaya pentadbira­n bahagian Kuching telah melalui proses tersebut dengan jayanya, semua rekod sekurangku­rangnya untuk tempoh lima tahun kebelakang­an telah disemak serta diteliti dengan terperinci sebagai panduan dalam mengenal pasti inisiatif untuk dimuatkan dalam OACP-RBK ini,” katanya.

Menjelas lanjut, Jaul berkata beliau telah mengambil inisiatif mengeluark­an surat pekeliling khas mengenai OACP berkuat kuasa mulai Jun 2020 sebagai panduan penyediaan OACP bagi semua agensi negeri.

Di samping itu katanya, beliau telah meluluskan cadangan supaya Institut

Integriti Malaysia (IIM) melatih pegawai kerajaan negeri dan diakredita­sikan bagi mengendali­kan semua bengkel penyediaan OACP.

“Syukur sekarang kita mempunyai 30 tenaga terlatih dan seorang daripadany­a bertugas di pejabat Residen Kuching, Puan Low Suk Fong yang telah banyak membantu penyediaan AOCP agensi lain termasuk Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri.

“Inilah gambaran sebenar konsep bekerja sebagai sebuah pasukan besar iaitu Perkidmata­n Awam Negeri Sarawak,” jelasnya.

Hadir sama Residen Bahagian Kuching Sherrina Hussaini, Pemangku Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si, Prestasi dan Penyampaia­n Perkhidmat­an) Datu Ismail Mohamad Hanis dan Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) Jabatan Ketua Menteri Adana Jed.

 ?? UKAS
— Gambar ?? SIMBOLIK: Jaul menyempurn­akan majlis prapelanca­ran OACPRBK semalam. Turut kelihatan (dari kiri) penceramah dari SPRM Abdul Kadir Mohamad, Sherrinna, Ismail dan Adana.
UKAS — Gambar SIMBOLIK: Jaul menyempurn­akan majlis prapelanca­ran OACPRBK semalam. Turut kelihatan (dari kiri) penceramah dari SPRM Abdul Kadir Mohamad, Sherrinna, Ismail dan Adana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia