Utusan Borneo (Sarawak)

MILO gerak semula #SkuadKebai­kanMILO, mendorong rakyat berkongsi kebaikan dengan komuniti memerlukan

-

KUCHING: MILO menggerakk­an semula #SkuadKebai­kanMILO bagi mendorong rakyat Malaysia berkongsi kebaikan dengan komuniti memerlukan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Menurut kenyataan medianya semalam, menerusi kerjasama dengan Shopee untuk tahun kedua, MILO meneruskan platform #SkuadKebai­kanMILO yang dilancarka­n tahun lalu untuk menghulurk­an bantuan kepada golongan memerlukan agar mereka memperoleh manfaat kebaikan yang berkhasiat.

Tambahnya, #SkuadKebai­kanMILO menyediaka­n cara yang mudah lagi selamat untuk rakyat Malaysia membuat sumbangan kepada masyarakat pada masa mencabar ini.

Pengurus Pemasaran Pengguna-MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad Maria Murni Nur Azmi berkata, pihaknya memahami bahawa penjarakan fizikal bukanlah penghalang untuk rakyat Malaysia berbuat baik antara satu sama lain.

“Justeru, kami membawa kembali #SkuadKebai­kanMILO agar rakyat Malaysia dapat terus saling bantu membantu dengan cara mudah di samping menjaga keselamata­n masingmasi­ng,”ujarnya menerusi kenyataan tersebut.

Menerusi #SkuadKebai­kanMILO, rakyat Malaysia boleh menyumbang dengan pembelian manamana empat pek ‘bundle’ yang mengandung­i serbuk MILO® serta produk Nestlé lain yang bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155 setiap satu.

Semua pembelian pek ‘bundle’ ini akan didermakan kepada tujuh pertubuhan kebajikan yang menyantuni komuniti B40, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim di seluruh negara.

Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah Human Aid Selangor, Kuching Food Aid, The Lost Food Project, Malaysian Relief Aid, Food Aid Foundation dan Yayasan Persona serta penghunipe­nghuni Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 di Subang

Jaya, Selangor yang terpilih menerusi kerjasama dengan ASTRO.

Selain pek ‘bundle’, bagi setiap pembelian 1 unit produk MILO yang terpilih menerusi Kedai Dalam Talian Nestlé di Shopee Malaysia, RM1 berupa produk Nestlé yang terpilih turut akan disumbangk­an kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang sama.

Dalam pada itu, antara rakyat Malaysia yang kembali menyokong #SkuadKebai­kanMILO tahun ini termasuk penghibur tersohor Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil.

Dengan menggunaka­n platform peribadiny­a, Pak Nil bukan sahaja membantu mengumpulk­an derma secara dalam talian yang mana semuanya akan dimanfaatk­an untuk membeli pek ‘bundle’ #SkuadKebai­kanMILO, malahan beliau sendiri akan turun padang untuk menyampaik­an sumbangan kepada komuniti yang memerlukan.

Beramal bersama #SkuadKebai­kanMILO agar mereka yang memerlukan dapat menzahirka­n tenaga harian sepanjang Ramadan. Untuk maklumat lanjut, layari

Kempen berlangsun­g dari 5 April 2021 hingga 10 Mei 2021.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Antara keluarga yang menerima bundle #SkuadKebai­kanMILO bundle daripada Pak Nil.
TERIMA KASIH: Antara keluarga yang menerima bundle #SkuadKebai­kanMILO bundle daripada Pak Nil.
 ??  ?? SELEBRITI: Pak Nil meneruskan sokonganny­a kepada #SkuadKebai­kanMILO tahun ini untuk membantu mengumpulk­an sumbangan dan menyampaik­annya kepada keluarga yang layak.
SELEBRITI: Pak Nil meneruskan sokonganny­a kepada #SkuadKebai­kanMILO tahun ini untuk membantu mengumpulk­an sumbangan dan menyampaik­annya kepada keluarga yang layak.
 ??  ??
 ??  ?? MARIA
MARIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia