Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan ayam dijamin mencukupi dengan harga stabil

Tinjauan ke beberapa pasar raya di Kuching kelmarin mendapati bekalan untuk Hari Raya Aidilfitri dan Gawai mencukupi

-

KUCHING: Bekalan ayam di Sarawak dijamin mencukupi dengan harga yang stabil sepanjang musim Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak yang akan datang.

Jaminan tersebut dinyatakan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mogan Arumugam hasil tinjauan ke beberapa pasar raya di sini, kelmarin.

Katanya, bekalan ayam adalah stabil, mencukupi dan mudah diperolehi dengan harga sekitar RM7.89 sekilogram sehingga RM8.80 sekilogram.

KPDNHEP Sarawak menerusi kenyataan berkata,

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNHEP

seramai 176 anggota penguat kuasa seluruh negeri berada di lokasi-lokasi tumpuan untuk pemantauan­danpemerik­saan bagi memastikan bekalan dan harga barangan keperluan mencukup pada musim perayaan ini.

“Terdapat tiga ladang utama di Sarawak iaitu K&L Farming Sdn Bhd, QL Livestock Farming Sdn Bhd dan Central Coldstorag­e Kuching Sdn Bhd dengan purata pengeluara­n sebanyak 57,360 ekor ayam sehari.

“Purata pengeluara­n sebanyak 1,721,015 ekor sebulan adalah mencukupi untukmenam­pungkeperl­uan seluruh rakyat negeri ini,” katanya.

Berdasarka­n kutipan harga oleh Bahagian Majlis Harga Negara (BHBN) KPDNHEP Sarawak mendapati harga jualan ayam bersih standard (1kg) bagi tempoh Januari hingga April 2021 ialah antara RM7.90 sekilogram hingga RM8.80 sekilogram.

Harga tersebut adalah

Terdapat tiga ladang utama di Sarawak iaitu K&L Farming Sdn Bhd, QL Livestock Farming Sdn Bhd dan Central Coldstorag­e Kuching Sdn Bhd dengan purata pengeluara­n sebanyak 57,360

” ekor ayam sehari.

Mogan Arumugam

pada aras normal dan tidak menunjukka­n sebarang kenaikan luar biasa.

Bagimemast­ikankestab­ilan barangan di pasaran, penguatkua­saan ‘Ops Pantau’ dijalakan untuk memastikan pengguna berada adalam keadaan yang selesa serta mudah untuk mendapatka­n bekalan barang-barang makanan dan keperluan harian dengan harga yang berpatutan semasa Ramadan dan Aidilfitri.

Tumpuanlok­asiOpsPant­au adalah bazar Ramadan, bazar Hari Raya, pasar awam/pasar basah dan pasar raya serta kedai runcit termasuk pasar mini.

Perkara yang diberi tumpuan dalam Ops Pantau ini adalah kedudukan barangbara­ng, harga, jualan murah, penjualan barang tiruan, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

 ??  ?? PANTAU: Mogan memeriksa bekalan dan harga ayam di salah sebuah pasar raya di Kuching kelmarin bagi memastikan bekalan mencukupi dan dijual pada harga berpatutan sepanjang Ramadan, Aidilfitri dan Gawai Dayak.
PANTAU: Mogan memeriksa bekalan dan harga ayam di salah sebuah pasar raya di Kuching kelmarin bagi memastikan bekalan mencukupi dan dijual pada harga berpatutan sepanjang Ramadan, Aidilfitri dan Gawai Dayak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia