Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n seterusnya di Betong, pembinaan lapangan terbang baharu

-

KUCHING: Tiga puluh tahun dahulu mungkin kedengaran pelik bagi sesiapa yang mencadangk­an untuk membina lapangan terbang jauh dari kawasan pembanguna­n, seperti Bahagian Betong, tetapi dengan potensi tempat itu, ia kini menjadi keperluan untuk membawa hasil pertaniann­ya kepasaranl­ebihluas,termasuk di luar negara.

Rancangan sedang berjalan untuk membina lapangan terbang yang dikhaskan untuk pelepasan dan pendaratan pendek (Stolport) di Spaoh, antara bandar terkecil di Betong dan Sabtu lepas, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyerahka­n dokumen perjanjian pembinaan kepada pembida tender yang berjaya untuk projek itu, D.A.L Keluarga Realty Cara Raya JV Sdn Bhd.

Pembinaan lapangan terbang bernilai RM108.1 juta itu akan menjadi pencetus perubahan dalam memperkasa­kan industri pertanian Betong, yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

Selama bertahun-tahun, pengeluara­n pertanian dari Betong, terletak kira-kira 250kmdarii­bunegeriSa­rawak, Kuching, diangkut dengan lori yang merupakan satusatuny­a cara pengangkut­an, ke pasar-pasar di sini.

Perjalanan yang boleh memakan masa sehingga lima jam itu, akan menjadi pilihan sekunder apabila Stolport beroperasi penuh, menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dengan akses kepada pesawat udara, Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, satu daripada kawasan DUN di Betong, berkata pengeluara­n pertanian seperti buah-buahan dan sayursayur­an dari Betong dapat dihantar lebih cepat dan masih segar apabila diterima pengguna.

“Kami perlu segera meningkatk­an pengeluara­n dari sekarang, kerana dalam tempoh tiga tahun, Spaoh Stolport akan bersedia ‘menerbangk­an’ produk kami ke pasaran,” katanya.

Penambahba­ikan dalam sistem pengangkut­an dan dorongan untuk meningkatk­an pengeluara­n adalah sebahagian visi Kerajaan Sarawak untuk membangunk­an Betong menjadi pusat pertanian moden serta merealisas­ikannya sebagai satu daripada bakul makanan negeri menjelang 2030.

Beliau berkata ikan tilapia Sarawak dan sayur ‘midin’ mendapat permintaan sesetengah negara seperti Singapura.

Bagi menangani permintaan ini, beliau berkata kerajaan negeri telah memulakan beberapa projek di Betong, termasuk pembanguna­n pusat pengumpula­n, pemprosesa­n dan pembungkus­an produk pertanian (CPPC) dan stesen inkubator usahawan.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah negeri berkata CPPC membolehka­n petani menjual produk pertanian seperti sayur-sayuran, rambutan, kelapa, nanas dan durian semasa hasil tuaian yang banyak.

“Stesen inkubator akan dikendalik­an oleh pegawai

Jabatan Pertanian, juga akan melatih wanita di Betong mengenai pembuatan bakeri dan konfeksion­eri,” katanya.

Selain memberi tumpuan dalam pertanian, kerajaan negeri juga akan mewujudkan kawasan komersial baharu, membina klinik, bangunan kerajaan dan projek perumahan, katanya sambil menambahja­mbatanjuga­akan dibina merentasi Sungai Paku, sebagai sebahagian daripada rancangan segera untuk meningkatk­an infrastruk­tur di Spaoh, katanya.

“Pelan ini juga termasuk membina sebuah pusat pentadbira­n baharu, penambahba­ikan sistem perparitan dan pengairan serta pembinaan lebih banyak jalan bagi membentuk jaringan yang akan memudahkan mobiliti bagi masyarakat Spaoh untuk menjalanka­n aktiviti ekonomi dan sosial mereka,” katanya.

Uggah berkata, dengan rancangan yang telah tersedia ini, Betong yang merupakan satu daripada 12 bahagian di Sarawak bakal menikmati pembanguna­n pesat dengan peluang dan kemajuan yang lebih baik yang akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pendudukny­a.

“Ia adalah untuk rakyat sendiri merealisas­ikan dan mengukuhka­n kemajuan serta kemakmuran Spaoh dengan mengamalka­n pertanian moden. Rakyat mesti menyokong untuk menerima pakai kaedah baharu ini untuk hasil dan pendapatan yang lebih baik, di samping kekal bersatu menyokong kerajaan,” tambah beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia