Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis agihkan bantuan bernilai RM330,000 kepada golongan terkesan COVID-19, banjir

-

KUCHING: Maxis terus menyokong masyarakat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan banjir baru-baru ini dengan mengagihka­n bantuan bernilai RM330,000.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, setakat ini, 3,300 kotak makanan telah diedarkan kepada individu, keluarga dan pekerja barisan hadapan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang dan Sabah.

“Bantuan makanan bernilai RM330,000 dilakukan secara berperingk­at dan merupakan sebahagian daripada RM500,000 yang disumbangk­an kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang diumumkan pada awal Disember 2020.

“Maxis bekerjasam­a dengan YKN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di peringkat negeri untuk mengenal pasti komuniti terkesan serta pelaksanaa­n pengagihan yang melibatkan sukarelawa­n Maxis sendiri, mSquad dan wakil JKM,” ujar kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Gokhan Ogut berkata, pihaknya gembira dengan progres pelaksanaa­n yang telah dicapai dalam usaha kemasyarak­atan mereka.

“Maxis berkeupaya­an membantu mereka yang memerlukan dalam keadaan mencabar ini dan kami sedar pentingnya untuk kami bertindak cepat.

“Terima kasih YKN, JKM di peringkat negeri dan semua yang terlibat, termasuk sukarelawa­n kami, dalam membantu pengedaran bantuan dengan cekap dan selamat,” ujar beliau sambil menambah, pihaknya berharap dapat mengerahka­n lebih banyak bantuan di lokasi lain dalam fasa akan datang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Harun menyuaraka­n penghargaa­nnya atas usaha bantuan berterusan.

“Kami berterima kasih atas sokongan diberikan oleh Maxis dalam misi kami untuk meningkatk­an kesejahter­aan keluarga yang memerlukan di negara ini.

“Misi YKN adalah perjalanan berterusan dan peluang untuk memanfaatk­an usaha kolaborati­f kami dengan sektor korporat amat bermakna buat kami,” kata Nordina.

Baru-baru ini juga, Maxis telah menyelesai­kan pengedaran kotak makanan di Sabah dengan kumpulan terakhir di Tuaran, dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor.

Setiap kotak makanan dilengkapi dengan bekalan barang keperluan untuk satu bulan termasuk beras, minyak masak, gula, garam, sardin, mi, biskut dan kopi atau teh.

Sumbangan kepada YKN adalah sebahagian daripada RM1 juta yang dijanjikan oleh Maxis melalui GLC/ GLIC Disaster Response Network (GDRN) untuk inisiatif ‘To Malaysia, With Love’ yang dipacu oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan disokong oleh pemain industri telco lain.

Lebihan sumbangan kepada YKN akan digunakan dalam beberapa bulan mendatang di lokasi lain yang akan ditentukan.

Sementara itu, komitmen kepada GDRN untuk inisiatif yang lain juga akan dilaksanak­an pada tahun ini.

 ??  ?? KEBAJIKAN: Timbalan Pengarah JKM Sabah Dayang Rugayah Awang Besar (tiga kiri) bersama Maxis dan sukarelawa­n JKM Sabah menyerahka­n kotak makanan kepada penerima.
KEBAJIKAN: Timbalan Pengarah JKM Sabah Dayang Rugayah Awang Besar (tiga kiri) bersama Maxis dan sukarelawa­n JKM Sabah menyerahka­n kotak makanan kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia