Utusan Borneo (Sarawak)

‘Soto Rindu Madu Tiga’ buatkan pelanggan kerinduan

-

LIMBANG: “Memang pelanggan akan rindu untuk menikmati soto ini sesuai dengan namanya ‘Soto Rindu Madu Tiga’,” kata seorang peniaga Arifin Mairat 47.

Pemilik kedai 3R & Mini Market bersebelah­an bangunan Bank Rakyat ini berkata, pelanggan akan dapat menikmati rasa kuahnya yang lain daripada yang lain apabila menjamu selera di kedainya.

“Keistimewa­an menu Soto Rindu Madu Tiga ini adalah pada kuahnya.

“Selain telur, soto ini juga ada hati buyah, berubut dan daging sebagai pelengkap telur tadi,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau sempat bergurau mengumpama­kan telur dalam soto yang bermadu dan dari itu timbul idea menu ini diberi nama ‘Soto Rindu Madu Tiga’. Pelanggan setia yang datang akan mencuba menu ini dulu.

“Rasa kuahnya memang sedap kerana mengekalka­n rasa soto yang asli,” ujarnya.

Jelasnya, berdasarka­n permintaan terhadap ‘Soto Rindu Madu Tiga’ yang luar biasanya juadah itu dikekalkan dalam menu kedainya sepanjang bulan Ramadan ini.

Selain ‘Soto Rindu Madu Tiga’ katanya, juadah lain yang menjadi pilihan adalah ‘soto taitong’, yang menggunaka­n mi, daging dan ayam.

Turut disediakan pelbagai menu hidangan lain termasuk aneka lauk-pauk, rendang, makanan laut, sup tulang dan makanan bergoreng.

Arifin yang juga dikenali dengan ikan bakarnya ketika berniaga bazar Ramadan sebelum ini turut meneruskan jualan pelbagai ikan bakar sepanjang Ramadan ini.

Menurutnya lagi, tidak lengkap rasanya kalau tidak menyediaka­n menu ikan bakar, sotong bakar, pari, udang dan ketam bakar seperti tahun-tahun lepas.

“Dulu memang sudah dikenali sebagai penjual ikan bakar di bazar Ramadan.

“Kalau tak ada hidangan ikan bakar ini macam tidak lengkap rasanya, cuma yang berbeza saya beroperasi di kedaisendi­riberbandi­ngdibazar Ramadan,”tambahnya.

Bagaimanap­un katanya, keadaan berniaga agak berbeza dan sunyi kali ini berbanding kemeriahan di bazar Ramadan.

“Memang rindu dengan suasana berniaga di bazar Ramadan, riuh, meriah dan seronok.

“Sekarang musim penyakit ini suasana memang sunyi bagi peniaga tetap seperti kami,” katanya.

Namun katanya, keinginan untuk berniaga di bazar Ramadan tetap ada dan jika keadaan COVID-19 kembali pulih, beliau akan meneruskan perniagaan di bazar pada tahun-tahun akan datang.

Jelasnya, sebagai peniaga usaha untuk mengawal penularan COVID-19 perlu menjadi keutamaan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya lagi, meskipun tidak dapat berniaga di bazar Ramadan hasratnya membuka kedai makan pada Jun tahun lepas merupakan keputusan tepat kerana mendapat sambutan daripada pelanggan tetapnya.

“Dengan adanya kedai sendiri ini bolehlah peniaga seperti kami mencari rezeki, ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang,” ujarnya.

 ??  ?? DIRINDUI: ‘Soto Rindu Madu Tiga’ yang menjadi pilihan utama pelanggan.
DIRINDUI: ‘Soto Rindu Madu Tiga’ yang menjadi pilihan utama pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia