Utusan Borneo (Sarawak)

Pantau kes COVID-19 membabitka­n guru dan pelajar

Sejak kebelakang­an ini, dilaporkan ramai guru dan murid di negeri ini turut mendapat jangkitan COVID-19: Ahmad

- Oleh Patricia Gari

Pemantauan rapi ini perlu dilakukan sebelum keputusan yang tepat mengenai pengoperas­ian persekolah­an diambil

” sekiranya sekolah perlu ditutup.

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menggesa Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memantau rapi kes jangkitan COVID-19 membabitka­n guru serta pelajar di negeri ini.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata sejak kebelakang­an ini, dilaporkan ramai guru dan murid di negeri ini turut mendapat jangkitan COVID-19.

“Pemantauan rapi ini perlu dilakukan sebelum keputusan yang tepat mengenai pengoperas­ian persekolah­an diambil sekiranya sekolah perlu ditutup.

“Bagaimanap­un KGBS menyaranka­n penutupan sekolah ini dilakukan secara berpilih dan dilaksanak­an mengikut kawasan kritikal (jangkitan COVID-19),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Ahmad yang juga pengerusi Kongres Kesatuan PekerjaPek­erja di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak berkata KGBS menegaskan sedemikian kerana peningkata­n penularan pandemik COVID-19 bersifat tidak menyeluruh.

Presiden KGBS

“Sebagai contoh kawasan Kuching dilaporkan peningkata­n kes positif COVID-19 tetapi perlu diperincik­an lagi dengan melihat zon mana.

“Sekiranya zon Kuching Selatan yang mengalami peningkata­n kes COVID19 yang tinggi, sewajarnya sekolah-sekolah di kawasan zon Kuching Selatan ditutup sementara pengoperas­iannya,” katanya.

Manakala zon Kuching yang lain dan kawasan-kawasan hijau yang lain pengoperas­ian sekolah masih diteruskan seperti biasa, tambahnya.

KGBS katanya, menegaskan langkah sedemikian boleh diambil sebagai usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 di negeri ini di samping memastikan pelaksanaa­n pembelajar­an tidak terganggu secara menyeluruh.

Apatah lagi ujarnya, bagi kawasan-kawasan pedalaman penutupan operasi sekolah tidak wajar kerana ia dikategori­kan sebagai Zon Hijau.

“Lantaran itu, KGBS akur dengan apa juga keputusan yang akan dibuat berhubung pengoperas­ian persekolah­an ekoran peningkata­n penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

“Di samping itu, KGBS juga mengharapk­an apa juga keputusann­ya nanti, keputusan yang diambil adalah bijak serta praktikal.

“Bagaimanap­un jika keadaan tidak memerlukan penutupan, bagi kita pembelajar­an bersemuka adalah kaedah terbaik,” ujarnya.

Ahmad Malie

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia