Utusan Borneo (Sarawak)

Pematuhan SOP COVID-19 di Limbang memuaskan

-

SARIKEI: Dua rumah panjang dan sebuah pejabat kerajaan telah disanitasi anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei serta Bintangor, semalam.

Rumah panjang yang telah berjaya disanitasi tersebut adalah Rumah Johnson di Sungai Rian dan Rumah Japm di Sungai Lemayong, Bintangor.

Kerja-kerja sanitasi di dua lokasi tersebut telah dilakukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor.

Kerja-kerja sanitasi tersebut dilakukan atas pemintaan pihak Pejabat Residen Bahagian Sarikei.

Operasi dijalankan di dalam dan luar bangunan rumah panjang terbabit yang berkeluasa­n 5,800 meter persegi.

Kerja-kerja sanitasi tersebut mengambil masa dua jam untuk disiapkan sepenuhnya.

Bagi kerja sanitasi awam di bangunan kerajaan yang melibatkan Pejabat Lembaga Lada Malaysia Sarikei pula, seramai empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei telah terlibat.

Operasi sanitasi di lokasi itu mengambil masa sejam 30 minit untuk disiapkan.

Dalam operasi ini, anggota bomba bertugas telah memberikan fokus kerja sanitasi di luar dan dalam bangunan pejabat, gudang lada dan surau yang melibatkan keluasan 2,100 meter persegi.

Kerja-kerja sanitasi menggunaka­n satu unit penyembur manual dan dua unit penyembur bermotor.

Dalam kesemua operasi tersebut, anggota bomba bertugas menggunaka­n bahan sodium hipoklorid­a dengan campuran air pada nisbah yang telah ditetapkan untuk kerja-kerja sanitasi.

LIMBANG: Pemantauan Komuniti Daerah Limbang yang dijalankan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang sejak awal Februari lepas mendapati orang ramai dan golongan peniaga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata, antaranya, pemakaian pelitup separuh muka, penjarakan fizikal, pemeriksaa­n suhu, penggunaan pensanitas­i tangan dan penggunaan aplikasi MySejahter­a.

“Hasil pemantauan yang dilakukan orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Selain orang awam, golongan peniaga di kedai dan restoran mengikuti SOP tersebut,” katanya kepada media di sini, semalam.

Sulaiman berkata, secara keseluruha­nnya hasil pemantauan juga mendapati orang ramai peka dalam pematuhan SOP bagi mengekang penularan COVID-19 di sini.

Menurutnya lagi, APM Limbang akan menumpukan kawasan seperti kedai, restoran dan kampung-kampung di daerah ini.

Jelasnya, pemantauan dijalankan setiap hari membabitka­n lima anggota setiap operasi yang dijalankan sejak awal Februari lepas tertumpu di kawasan orang ramai.

 ??  ?? SANITASI AWAM: Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor melakukan kerja-kerja sanitasi di Rumah Johnson dan Rumah Japm.
SANITASI AWAM: Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor melakukan kerja-kerja sanitasi di Rumah Johnson dan Rumah Japm.
 ??  ?? NYAHKUMAN: Anggota bomba melakukan kerja-kerja sanitasi awam di Pejabat Lembaga Lada Malaysia Sarikei.
NYAHKUMAN: Anggota bomba melakukan kerja-kerja sanitasi awam di Pejabat Lembaga Lada Malaysia Sarikei.
 ??  ?? PATUHI SOP: Anggota APM Limbang ketika melakukan Pemantauan Komuniti Daerah Limbang semalam.
PATUHI SOP: Anggota APM Limbang ketika melakukan Pemantauan Komuniti Daerah Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia