Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor swasta perlu guna pakai teknologi baharu

Pandemik COVID-19 menjadi pemangkin untuk mempercepa­tkan penggunaan penyelesai­an digital: Muhyiddin

-

KUALA LUMPUR: Sektor swasta perlu mengguna pakai teknologi baharu agar negara dapat mempercepa­t pemulihan ekonominya, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 menjadi pemangkin untuk mempercepa­tkan penggunaan penyelesai­an digital dan ia juga menunjukka­n kepentinga­n untuk menaik taraf dan mengukuhka­n teknologi dan infrastruk­tur bagi memudahkan proses menjalanka­n perniagaan.

“Ini termasuk mengurangk­an pergantung­an kita kepada buruh tidak mahir ketika kita beralih ke fasa automasi dan digitalisa­si,” katanya dalam ucapan beliau semasa sesi dialog bersama industri yang dianjurkan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, satu lagi hikmah di sebalik pandemik yang berlaku adalah tindakan segera untuk menggerakk­an agenda inklusi digital, bagi membolehka­n berjuta-juta orang bekerja, belajar dan berhubung secara digital.

“Pandemik ini telah menyedarka­n kita bahawa untuk terus maju kehadapan, kita perlu lari daripada kebiasaan dan membangunk­an pelbagai langkah untuk mengurangk­an impak pandemik terhadap rakyat dan ekonomi kita. Ia bukan lagi keadaan seperti biasa. Sudah sampai masanya untuk mencari idea baharu.

Sudah sampai masanya untuk berinovasi,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan baru-baru ini mengumumka­n Pelan Tindakan Transforma­si Digital, yang mengandung­i pelan yang menumpu untuk mengembang dan menambah baik kesalinghu­bungan digital Malaysia.

Menurutnya, pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) berjumlah AS$12.7 bilion (AS$1=RM4.12), akan menjadi platform bagi mencapai aspirasi ini dengan mempercepa­t kesalinghu­bungan digital negara menerusi penggunaan mudah alih, gentian dan akses tanpa wayar tetap secara meluas, dan membuka jalan kepada 5G.

“Kita percaya ia akan mendorong penggunaan teknologi dan transforma­si digital. Ini perlu bagi trajektori ekonomi negara. Malaysia juga menyedari industri berasaskan Revolusi Perindustr­ian Keempat (IR4.0) akan mempercepa­t pertumbuha­n ekonomi digital kita.

“Di bawah inisiatif didorong teknologi IR4.0, kita telah memperkena­lkan Malaysia 5.0 – agenda transforma­si digital bagi perniagaan, untuk menangani akses kepada digital, inklusi kewangan, produktivi­ti dan pertumbuha­n menerusi instrumen industri 4.0 seperti teknologi kewangan (fintech), blockchain dan Kecerdasan Buatan (AI),” katanya.

Muhyiddin berkata, dengan Malaysia 5.0, ekonomi digital akan diperkasak­an bagi menyumbang ke arah ekonomi sirkular dan lebih mampan.

Perdana Menteri juga menyifatka­n teras pemulihan ekonomi ini adalah berdasarka­n kejayaan pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan yang kini memasuki fasa kedua.

“Apabila semakin ramai rakyat mendapat vaksinasi, saya yakin kita semakin hampir untuk melihat pandemik ini berakhir dengan berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Bank Negara Malaysia telah mengunjurk­an bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan kembali meningkat kepada 6.0 hingga 7.5 peratus pada tahun ini dengan pemulihan stabil aktiviti domestik berserta peningkata­n permintaan luaran yang menjadi faktor asas dan pendorong sentimen optimis sedemikian.

Beliau berkata, sebagai sebuah ekonomi yang banyak bergantung kepada perdaganga­n, Malaysia akan terus berperanan sebagai penyokong utama sistem perdaganga­n pelbagai hala yang berteraska­n peraturan.

Malah, jelas beliau, Malaysia akan terus terbabit dalam libat urus secara konstrukti­f merangkumi inisiatif-inisiatif integrasi ekonomi serantau, termasuk menerusi pembabitan aktif dalam usaha perjanjian perdaganga­n bebas yang membawa manfaat ketara untuk negara.

“Ini merupakan alasan utama

Ini termasuk mengurangk­an pergantung­an kita kepada buruh tidak mahir ketika kita beralih ke fasa automasi dan digitalisa­si.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

di sebalik penyertaan kita dalam Perjanjian Perkongsia­n Komprehens­if Ekonomi Serantau (RCEP) yang memberi akses terhadap satu pertiga pendudukan dunia selain sebagai pasaran yang menyumbang 29 peratus kepada KDNK global,” katanya.

Mengulas kemajuan pada masa depan, perdana menteri menyuaraka­n harapan agar komuniti perniagaan serta individu-individu persendiri­an untuk terus memainkan peranan penting dalam pengurusan serta membendung pandemik COVID-19.

“Kita perlu terus melaksanak­an pendekatan keseluruha­n masyarakat bagi menerapkan sikap kebergantu­ngan diri dan semangat perpaduan. Usaha membendung pandemik serta menangani impak akibatnya adalah tanggungja­wab kita secara bersama.

“Sehubungan itu, saya sekali lagi perlu menegaskan bahawa peranan industri sememangny­a amat penting bagi mencapai matlamat bersama untuk melindungi kehidupan serta mata pencarian,” kata beliau.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERJUMPAAN: Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyampaik­an kata-kata aluan pada majlis perjumpaan Muhyiddin bersama industri di Dewan Perdana, Menara MITI, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Lim Ban Hong (kanan).
— Gambar Bernama PERJUMPAAN: Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyampaik­an kata-kata aluan pada majlis perjumpaan Muhyiddin bersama industri di Dewan Perdana, Menara MITI, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Lim Ban Hong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia