Utusan Borneo (Sarawak)

Saya ‘memarahi’ peniaga kerana tak mahu mereka rugi: Norhizam

-

MELAKA: “Saya bertengkar dengan peniaga kerana tak mahu pasar Ramadan ditutup kerajaan negeri sekali gus menyebabka­n mereka rugi,” kata Exco Pertanian, Penternaka­n, Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Beliau berkata, tindakanny­a ‘memarahi’ peniaga di Pasar Ramadan Peringgit, dalam satu video yang tular sejak petang kelmarin, supaya mereka patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Saya mengunjung­i pasar Ramadan berkenaan kira-kira jam 6 petang untuk melihat SOP yang dilaksanak­an penganjur di kawasan berkenaan.

“Bagaimanap­un, ada segelintir peniaga terutama yang berniaga di hujung pasar berkenaan, yang minta supaya kerajaan benarkan dua jalan masuk dan dua jalan keluar dibuka di pasar Ramadan berkenaan sekali gus melanggar SOP yang menetapkan hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar dibuka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Norhizam berkata, beliau bagaimanap­un tidak akur dengan kehendak segelintir peniaga terbabit kerana sedar jika dituruti, ia akan mengundang masalah yang lebih besar.

“Pasar Ramadan berkenaan menggunaka­n sistem kupon di mana kita boleh mengehadka­n jumlah pengunjung, namun jika dibuka dua jalan masuk akan menyebabka­n keadaan tersebut tidak dapat dipantau dengan rapi dan menyebabka­n keadaan luar kawalan.

“Perkara ini juga telah dibincangk­an dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mereka bersetuju hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar dibenarkan,” katanya.

Katanya, sebahagian besar peniaga lain serta pengunjung juga faham dengan SOP yang ditetapkan kerajaan dalam usaha bersama mencegah penularan wabak COVID-19 yang masih berlaku ketika ini.

“Kerajaan negeri terpaksa mengetatka­n SOP demi memastikan tiada kejadian tidak diingini khususnya penularan COVID-19 dan untuk melindungi kepentinga­n peniaga sendiri juga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia