Utusan Borneo (Sarawak)

Agong bangga dua pelajar Malaysia dipilih ke Harvard College

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan dipilih dan diterima masuk ke Harvard College di Amerika Syarikat, sekolah sarjana bagi Harvard University yang terkemuka dan antara terulung di dunia.

Dua pelajar berkenaan ialah anak kelahiran Kuantan, Pahang, Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur yang bakal memasuki kelas sarjana bagi tahun 2025, dengan masing-masing merancang melanjutka­n pelajaran dalam jurusan Ekonomi dan Matematik.

Seri Paduka turut menzahirka­n sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang kedua-dua pelajar berkenaan yang merupakan antara 1,968 pelajar terpilih dan melepasi tahap kelayakan ketat ditetapkan daripada sejumlah 57,435 permohonan dari seluruh dunia.

“Kejayaan kedua-dua belia ini sekali lagi membuktika­n bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabang­sa.

“Kejayaan ini turut membuktika­n bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabang­sa,” titah Seri Paduka dalam hantaran menerusi akaun Facebook dan Instagram Istana Negara semalam.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirka­n harapan semoga kejayaan mereka berdua menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Seri Paduka juga mengucapka­n selamat maju jaya kepada Muhammad Hamdi dan Jarell serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan terus mengharumk­an nama Malaysia di persada antarabang­sa pada masa hadapan. Kedua-dua pelajar cemerlang itu adalah produk sistem pendidikan kebangsaan dengan Muhammad Hamdi merupakan lulusan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar di Negeri Sembilan sebagai Cendekiawa­n Bank Negara Kijang.

Sementara, Jarell menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan A-Level di Sekolah Menengah Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya.

Selain kehebatan dalam bidang akademik, Jarell juga pernah mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2019 dalam acara Dancesport, bertanding di Olimpik Matematik Pasifik Asia dan bersaing dalam kejohanan catur antarabang­sa.

Sementara, Muhammad Hamdi merupakan seorang pendebat yang juga telah memberikan tuisyen kepada pelajar sekolah menengah dengan sering membincang­kan pandangan dunia dan pendapatny­a mengenai isu masa kini.

 ?? — Gambar Bernama ?? RESIPI KAMPUNG BARU: Orang ramai mula mengambil bubur lambuk percuma secara pandu lalu seawal 2 petang di Kampung Bukit Piatu, Kuala Lumpur semalam. Agihan secara pandu lalu itu bermula pada Ramadan tahun lepas ketika negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak orang ramai beratur panjang untuk mendapatka­n bubur lambuk tersebut. Resipi yang diambil dari Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur itu sangat dinanti-nantikan ramai orang terutama penduduk setempat tatkala tibanya Ramadan. Kira-kira 500 bungkus bubur lambuk sehari akan diagihkan kepada orang ramai.
— Gambar Bernama RESIPI KAMPUNG BARU: Orang ramai mula mengambil bubur lambuk percuma secara pandu lalu seawal 2 petang di Kampung Bukit Piatu, Kuala Lumpur semalam. Agihan secara pandu lalu itu bermula pada Ramadan tahun lepas ketika negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak orang ramai beratur panjang untuk mendapatka­n bubur lambuk tersebut. Resipi yang diambil dari Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur itu sangat dinanti-nantikan ramai orang terutama penduduk setempat tatkala tibanya Ramadan. Kira-kira 500 bungkus bubur lambuk sehari akan diagihkan kepada orang ramai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia